25 February 2015

Menangani Perbezaan Pendapat Dalam Jamaah dengan Ukhwah & Kasih Sayang.

1. PAS merupakan satu gerakan dakwah, tarbiyah dan siasah di Malaysia. Tiga konsep asas ini yang menjadi teras dan kekuatan Pas dalam perjuangan dan survival PAS selama ini. 2. Krisis adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi. Ikhwan Muslimin sekalipun mengalami krisis.Tribulisasi , ,mehnah dan cabaran adalah sunnah dalam perjuangan Islam. Faktanya mudah, krisis adalah perkara biasa, namun kaedah dan cara menangani adalah perkara mustahak dan terpenting bagi menyelesaikan krisis. 3. PAS sendiri pernah mengalami beberapa krisis. Krisis kemasukan dalam Barisan Nasional tahun 1972, krisis hilang kepercayaan kepada Allahyarham Tan Sri Asri Muda 1982 dan terkini pertembungan antara golongan yang dikatakan kelompok keaslian manhaj dan fikrah PAS dan kelompok yang didakwa mempunyai fikrah liberal dan tidak wala kepada jamaah. Melihat kepada situasi yg agak meruncing kini, maka perlulah diingatkan kepada semua ahli dan penyokong PAS, perlu menjadi pedamai dan bersama-sama mencari titik persefahaman bagi menyelesaikan krisis ini. Maka dicadangkan satu pelan damai berteraskan kasih sayang dan ukhwah: -Semua ahli , penyokong dan pimpinan PAS perlu menyayangi sesama sendiri dgn semangat persaudaraan sebagaimana ukhwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. "Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri". -Iklhaskan hati dalam menegur sesama kita. Teguran mestilah untuk membina bukan untuk menjatuhkan. -Semua pimpinan, ahli dan penyokong hendaklah menjadi pendamai, menyelesai masalah sesama. -Hentikan segera sikap adu domba dan batu api. -Hentikan segera sebarang tuduhan dan label menglabel spt UG, Anwarinas, Parasit, Liberal, Ulama Jahat dll -"berpuasa Maryam" iaitu berhenti bercakap atau menulis perkara-perkara yg boleh menimbulkan perbalahan. -Hentikan segera serangan,fitnah dan tuduhan dan spekulasi sesama ahli. - Menghormati semua pimpinan di semua peringkat. -Tabayun terlebih dahulu sebarang berita. -Berhati-hati dgn suara2 musuh untuk merosakkan perpaduan dan ukhwah. -Bawa semua perkara yg berbeza pandangan ke meja mesyuarat. Dan kptsn syura dlm msyt tersebut hendaklah di dukung bersama. -Hentikan caci maki dan kata-kata celaan kpd pimpinan, ahli dan penyokong sesuai dgn akhlak seorang perjuang gerakan Islam. -Banyakkan ziarah dan temu mata dalam kalangan pimpinan ,ahli dan penyokong bagi menguatkan ukhwah. -Menjaga adab-adab bertanzimi seperti menyimpan rahsia jamaah, ikhlas dan, amanah dalam tugasan. -Menghormati , mendukung dan melaksanakan sebarang keputusan muktamar akan datang sekalipun tidak menepati kehendak peribadi. JOM, kita mulakan dengan sendiri. Ukhwah benteng perpaduan , wahdahtul fikr dan amal jamaah. JOM, dgn lafaz Bismillah, kita viralkan Kempen Tautan Ukhwah Rapatkan Perbezaan.. Copy paste/share di status, komen, wsap grup, Blog, grup , ig dll medium. Dari: Suara Akar Umbi

No comments: