25 February 2015

TAJARRUD DALAM RUKUN BAIAH

oleh Ust Ramadhan Fitri Elias Usrah Gabungan Pemuda PAS Hulu Langat - 24hb Feb 2015 (Pencatat berikan ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk pengisian malam ini. Memang Thorbaeeek👍👍) 1. Usrah dimulakan dgn kupasan ayat Al Quran Surah alMaidah : 105. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ.. Wahai orang-orang yang beriman! Ke atas kamu, diri kamu.. Ramai yg salah faham ayat ini hinggakan tidak keluar berdakwah. Yg penting kita sendiri selamat sudah. 2. Saidina abu bakar dalam khutbah membetulkan salah faham ini: “Wahai manusia sesungguhnya kamu telah membaca ayat ini tetapi kamu meletakkannya bukan pada tempatnya. Padahal sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat ­kemungkaran lalu mereka tidak merubahnya, hampirlah Allah meranapkan mereka semua dengan azabNya.” Hadith Nabi ini membatalkan kefahaman (salah faham) org ramai terhadap ayat tersebut. 3. Pengajaran penting; asas di dlm melakukan kerja2 amal islami - amar makruf dan nahi mungkar adalah : KEFAHAMAN YANG SAHIH. Ini Asas kepada kehidupan, tindakan, dan amalan. 4. Rukun baiah oleh Imam Hasan al Banna juga dimulakan dgn Faham. Bukan dgn ikhlas. Walaupun banyak kitab hadith utamakan tajuk berkaitan niat, berkaitan ikhlas, tetapi beliau buat ijtihad yg dikira baru, iaitu meletakkan Faham sbg rukun yg terpenting. 5. Proses mendapat faham. Kefahaman perlu ada murabbi. Murabbi yg tak terbuka biasanya tak lapang dada dan tidak boleh beza antara khilaf yg muktabar atau bukan muktabar. Murabbi boleh memberikan kefahaman yang mengenyangkan roh kita. 6. Kisah Badwi yg masuk islam selepas diberi penerangan oleh Nabi SAW. Dia diperuntukkan ghanimah dari perang khaibar oleh Rasulullah. Dia menolak. Dan minta nak jumpa dgn Rasulullah sendiri. Dikatakannya pada Rasulullah "Aku memeluk Islam bukan kerana ghanimah. Tapi aku mahu anak panah musuh menembusi halkum aku dan aku menemui syurga". Sabda Nabi "kalau kamu benar di dalam kata2 mu, Allah akan membenarkan cita2 kamu" Akhirnya badwi syahid, dipanah di halkumnya oleh musuh. Apabila ditanyakan oleh sahabat, Nabi bersabda "dia telah membenarkan Allah, lantas Allah telah membenarkannya" 7. Beberapa pengajaran dari hadith di atas. (a) watak utama: seorang badwi - bukan bangsawan atau ilmuan (b) kisah ini memberi contoh tajarrud yg berlaku (c) Tajarrud : sidqul intimak - intimak kita semata2 kerana utk mencapai redha Allah. 8. Yg dimaksudkan tajarrud oleh imam al banna - kamu membebaskan fikrah kamu dari mana2 ideologi, mana2 tokoh, apa kedudukan, mana2 individu, atau kumpulan tertentu 9. Usul isyrin (dua puluh) : perlu dibaca dan dikupas oleh setiap abnaul harakah utk faham. Tidak akan tercapai tajarrud tanpa faham. (Juga tidak tercapai tanpa ikhlas. Tanpa tadhiyyah. Tanpa ukhuwwah - dan rukun2 lain yg utama). 10. Ada makna pada tertib susunan rukun baiah oleh imam al banna. Mengikut priority. 11. Hari ini Kita berada dlm situasi yg sangat menyedihkan. Org hairan bagaimana boleh jadi situasi begini dalam PAS. Org non-muslim hilang kepercayaan pada Pas utk memimpin masyarakat apabila dilihat tidak mampu memimpin ahli. 12. Sedangkan Musuh kita pasti tidak akan tidur lena sekiranya kita berukhuwwah dgn ukhuwwah islamiyyah. 13. Outcome daripada sifat tajarrud dlm perjuangan kita: walaupun berhadapan dgn perkara yg menggoda nafsunya, dia tidak akan tergoda. Ini termasuk nafsu kemahuan utk 'berperang' sesama sendiri mengikut emosi. 14. Kerana sifat tajarrud - apa jua dilakukan hanya kerana utk capai redha Allah. Meningkatkan martabat insan sehingga mendapat taqwa. Merasai kemanisan perjuangan. 15. Suasana sekarang. Hilang rasa manis perjuangan. Sebab roh kita rosak. Tak rasa kelazatan ibadah. Tak rasa beratnya dosa. Sebab tidak ada lagi tajarrud 😭. 16. Tajarrud menyebabkan ghairah utk dapat habuan yg maha agung di sisi allah & melahirkan sifat Zuhud: bukan sederhana dlm keadaan memang tak mampu, Tapi guna apa yg ada walaupun boleh dapat lebih dari itu. 17. Menurut syeikh muhammad abdullah al khatib dlm syarah kpd risalah taalim: Tanda tajarrud - seseorang itu menimbang setiap perkara dgn neraca dakwah. Tetapkan pendirian terhadap semua perkara berdasarkan neraca tersebut. Apa saja yg dibuat, pertimbangannya adalah dakwah. Takkan berbalah melainkan tahu ia akan menyelesaikan masalah. 18. Sikap Terhadap (a) Muslim yg berjihad : kasihi, bantu, tunaikan hajat etc. (b) Muslim yg hanya duduk tidak bekerja: gerakkan semangat, bantu, nasihat (c) Muslim yg berdosa : ingatkan mereka, nasihat, ajak kembali kpd Allah walaupun tindakan yg tidak popular (d) Zimmi: yg tidak memutuskan perjanjian - tolak ansur dgn mereka, bersikap adil. 'Peaceful co existence'. 19. Jiwa daie mesti lebih besar dari jiwa politician. 20. Moga Allah membantu kita mencapai sifat Tajarrud. Perumpamaan oleh ustaz Yahya Usman berkenaan tajarrud. Ikan yg duduk di air laut tetapi tak jadi masin. SOAL JAWAB 21. Faham adalah yg paling penting. Imam ibn qayyim kata nikmat paling besar selepas nikmat Iman dan Islam adalah 'kefahaman yg sahih'. 22. Cabaran Mukmin yg dengki dgn dirinya sendiri. Salah satu uslub yg disebut oleh dr qaradhawi dlm tajuk adabun ikhtilaf (berbeza pendapat) adalah tazkiyatun nafs. Perbalahan berlaku bukan sangat kerana pemahaman berbeza tapi sebab memang serba tak kena. Sebab ada masalah hati. Tidak ada masalah pun kalau berbeza pandangan. 23. Bila jamaah Buat keputusan maka pegang pada keputusan tersebut. 24. Walaupun kita kata rukun faham itu yg paling penting - tapi kalau kita tak ambil kira rukun lain spt ukhuwwah, ikhlas etc - tak jadi juga. 25. Cabar kefahaman lama. Tajdid pemahaman adalah suatu yg baik. Tapi jgn lupa ada perkara2 yg bersifat qat'ie. 26. AKP terangkan bahawa pegangan mereka pada sekularism bukan helah. Tapi fahaman mereka adalah sekular dalam kefahaman secularism iaitu pengasingan institusi politik. Jihad mujaddid turki mentafsir semula sekularism. Tetapi kita dgn cepat menghukum mereka tanpa kita memahami dgn jelas pandangan dan waqi mereka di turki. 27. Buku yg baik utk dibaca : Analisis strategi dan kebijakan AKP Turki memenangkan pemilu. Tulisan Ahmad Zakirin. (Qader PKS) buku warna merah. 28. Cara praktikal selesaikan polemik (a) Lazimi istighfar (b) Solat sunat taubat (c) Doa sungguh2 satukan hati2 kami, bayangkan sahabat2 kita Catitan oleh Dr Azrin dan Sdr Firdaus Zabidi. Edit by Burhanuddin Www.hululangat.net

No comments: