25 February 2015

Fiqh Siyasah Fi Sirah Nabawiyah

Ustaz Abdullah Hussin | 21 Februari 2015 | 1. Rasulullah amat menekankan kefahaman politik kepada umat yang dipimpin baginda. "Adalah kaum bani Israel itu, pemimpin politik mereka adalah nabi-nabi, setelah wafat nabi-nabi itu maka akan digantikan dgn nabi-nabi yg lain. Maka tiadalah nabi setelah aku." ~Al-Hadith~ 2. "Allah membentangkan kepadaku seluruh muka bumi dan aku melihat bahagian barat dan timur padaku. Dan aku melihat umatku akan menguasai sudut-sudut yang dibentangkan kepada aku itu." ~Al-Hadith~ 3. Ketika awal permulaan Islam, keluarga Yaasir diseksa oleh Musyrik Mekah. Nabi bersabda kepada mereka "sabbron 'ala Yaasir." Summayah dan Yaasir telah menang walaupun Islam belum lagi mendapat sebuah negara. Itulah kemenangan yang Nabi nyatakan kepada mereka walaupun mereka tidak melihat tertegaknya kemenangan Islam di atas tanah sebuah negara. 4. Hijrah ke Thaif. Bukankah Allah mengetahui apa yang berlaku? Tetapi dibiarkan nabi ke sana supaya itu akan menjadi iktibar kepada umat akhir zaman ini. Supaya mencari apa sekalipun ikhtiar yang boleh memenangkan Islam. 5. Suraqah ibnu Malik. Nabi menjanjikan gelang Raja Parsi kepada beliau. Belum hijrah lagi, belum lagi Nabi mendapat negara dan kepimpinan, tetapi nabi telah membayangkan tentang kemenangan Islam. Disana kita diajar untuk yakin sepenuhnya kepada kemenangan yang dijanjikan. Wallahu'alam. Dicatat oleh : Wan Muhammad Mizan bin Wan Abdul Latiff

Menangani Perbezaan Pendapat Dalam Jamaah dengan Ukhwah & Kasih Sayang.

1. PAS merupakan satu gerakan dakwah, tarbiyah dan siasah di Malaysia. Tiga konsep asas ini yang menjadi teras dan kekuatan Pas dalam perjuangan dan survival PAS selama ini. 2. Krisis adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi. Ikhwan Muslimin sekalipun mengalami krisis.Tribulisasi , ,mehnah dan cabaran adalah sunnah dalam perjuangan Islam. Faktanya mudah, krisis adalah perkara biasa, namun kaedah dan cara menangani adalah perkara mustahak dan terpenting bagi menyelesaikan krisis. 3. PAS sendiri pernah mengalami beberapa krisis. Krisis kemasukan dalam Barisan Nasional tahun 1972, krisis hilang kepercayaan kepada Allahyarham Tan Sri Asri Muda 1982 dan terkini pertembungan antara golongan yang dikatakan kelompok keaslian manhaj dan fikrah PAS dan kelompok yang didakwa mempunyai fikrah liberal dan tidak wala kepada jamaah. Melihat kepada situasi yg agak meruncing kini, maka perlulah diingatkan kepada semua ahli dan penyokong PAS, perlu menjadi pedamai dan bersama-sama mencari titik persefahaman bagi menyelesaikan krisis ini. Maka dicadangkan satu pelan damai berteraskan kasih sayang dan ukhwah: -Semua ahli , penyokong dan pimpinan PAS perlu menyayangi sesama sendiri dgn semangat persaudaraan sebagaimana ukhwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. "Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri". -Iklhaskan hati dalam menegur sesama kita. Teguran mestilah untuk membina bukan untuk menjatuhkan. -Semua pimpinan, ahli dan penyokong hendaklah menjadi pendamai, menyelesai masalah sesama. -Hentikan segera sikap adu domba dan batu api. -Hentikan segera sebarang tuduhan dan label menglabel spt UG, Anwarinas, Parasit, Liberal, Ulama Jahat dll -"berpuasa Maryam" iaitu berhenti bercakap atau menulis perkara-perkara yg boleh menimbulkan perbalahan. -Hentikan segera serangan,fitnah dan tuduhan dan spekulasi sesama ahli. - Menghormati semua pimpinan di semua peringkat. -Tabayun terlebih dahulu sebarang berita. -Berhati-hati dgn suara2 musuh untuk merosakkan perpaduan dan ukhwah. -Bawa semua perkara yg berbeza pandangan ke meja mesyuarat. Dan kptsn syura dlm msyt tersebut hendaklah di dukung bersama. -Hentikan caci maki dan kata-kata celaan kpd pimpinan, ahli dan penyokong sesuai dgn akhlak seorang perjuang gerakan Islam. -Banyakkan ziarah dan temu mata dalam kalangan pimpinan ,ahli dan penyokong bagi menguatkan ukhwah. -Menjaga adab-adab bertanzimi seperti menyimpan rahsia jamaah, ikhlas dan, amanah dalam tugasan. -Menghormati , mendukung dan melaksanakan sebarang keputusan muktamar akan datang sekalipun tidak menepati kehendak peribadi. JOM, kita mulakan dengan sendiri. Ukhwah benteng perpaduan , wahdahtul fikr dan amal jamaah. JOM, dgn lafaz Bismillah, kita viralkan Kempen Tautan Ukhwah Rapatkan Perbezaan.. Copy paste/share di status, komen, wsap grup, Blog, grup , ig dll medium. Dari: Suara Akar Umbi

TAJARRUD DALAM RUKUN BAIAH

oleh Ust Ramadhan Fitri Elias Usrah Gabungan Pemuda PAS Hulu Langat - 24hb Feb 2015 (Pencatat berikan ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk pengisian malam ini. Memang Thorbaeeek๐Ÿ‘๐Ÿ‘) 1. Usrah dimulakan dgn kupasan ayat Al Quran Surah alMaidah : 105. ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ุฃَู†ْูُุณَูƒُู…ْ.. Wahai orang-orang yang beriman! Ke atas kamu, diri kamu.. Ramai yg salah faham ayat ini hinggakan tidak keluar berdakwah. Yg penting kita sendiri selamat sudah. 2. Saidina abu bakar dalam khutbah membetulkan salah faham ini: “Wahai manusia sesungguhnya kamu telah membaca ayat ini tetapi kamu meletakkannya bukan pada tempatnya. Padahal sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat ­kemungkaran lalu mereka tidak merubahnya, hampirlah Allah meranapkan mereka semua dengan azabNya.” Hadith Nabi ini membatalkan kefahaman (salah faham) org ramai terhadap ayat tersebut. 3. Pengajaran penting; asas di dlm melakukan kerja2 amal islami - amar makruf dan nahi mungkar adalah : KEFAHAMAN YANG SAHIH. Ini Asas kepada kehidupan, tindakan, dan amalan. 4. Rukun baiah oleh Imam Hasan al Banna juga dimulakan dgn Faham. Bukan dgn ikhlas. Walaupun banyak kitab hadith utamakan tajuk berkaitan niat, berkaitan ikhlas, tetapi beliau buat ijtihad yg dikira baru, iaitu meletakkan Faham sbg rukun yg terpenting. 5. Proses mendapat faham. Kefahaman perlu ada murabbi. Murabbi yg tak terbuka biasanya tak lapang dada dan tidak boleh beza antara khilaf yg muktabar atau bukan muktabar. Murabbi boleh memberikan kefahaman yang mengenyangkan roh kita. 6. Kisah Badwi yg masuk islam selepas diberi penerangan oleh Nabi SAW. Dia diperuntukkan ghanimah dari perang khaibar oleh Rasulullah. Dia menolak. Dan minta nak jumpa dgn Rasulullah sendiri. Dikatakannya pada Rasulullah "Aku memeluk Islam bukan kerana ghanimah. Tapi aku mahu anak panah musuh menembusi halkum aku dan aku menemui syurga". Sabda Nabi "kalau kamu benar di dalam kata2 mu, Allah akan membenarkan cita2 kamu" Akhirnya badwi syahid, dipanah di halkumnya oleh musuh. Apabila ditanyakan oleh sahabat, Nabi bersabda "dia telah membenarkan Allah, lantas Allah telah membenarkannya" 7. Beberapa pengajaran dari hadith di atas. (a) watak utama: seorang badwi - bukan bangsawan atau ilmuan (b) kisah ini memberi contoh tajarrud yg berlaku (c) Tajarrud : sidqul intimak - intimak kita semata2 kerana utk mencapai redha Allah. 8. Yg dimaksudkan tajarrud oleh imam al banna - kamu membebaskan fikrah kamu dari mana2 ideologi, mana2 tokoh, apa kedudukan, mana2 individu, atau kumpulan tertentu 9. Usul isyrin (dua puluh) : perlu dibaca dan dikupas oleh setiap abnaul harakah utk faham. Tidak akan tercapai tajarrud tanpa faham. (Juga tidak tercapai tanpa ikhlas. Tanpa tadhiyyah. Tanpa ukhuwwah - dan rukun2 lain yg utama). 10. Ada makna pada tertib susunan rukun baiah oleh imam al banna. Mengikut priority. 11. Hari ini Kita berada dlm situasi yg sangat menyedihkan. Org hairan bagaimana boleh jadi situasi begini dalam PAS. Org non-muslim hilang kepercayaan pada Pas utk memimpin masyarakat apabila dilihat tidak mampu memimpin ahli. 12. Sedangkan Musuh kita pasti tidak akan tidur lena sekiranya kita berukhuwwah dgn ukhuwwah islamiyyah. 13. Outcome daripada sifat tajarrud dlm perjuangan kita: walaupun berhadapan dgn perkara yg menggoda nafsunya, dia tidak akan tergoda. Ini termasuk nafsu kemahuan utk 'berperang' sesama sendiri mengikut emosi. 14. Kerana sifat tajarrud - apa jua dilakukan hanya kerana utk capai redha Allah. Meningkatkan martabat insan sehingga mendapat taqwa. Merasai kemanisan perjuangan. 15. Suasana sekarang. Hilang rasa manis perjuangan. Sebab roh kita rosak. Tak rasa kelazatan ibadah. Tak rasa beratnya dosa. Sebab tidak ada lagi tajarrud ๐Ÿ˜ญ. 16. Tajarrud menyebabkan ghairah utk dapat habuan yg maha agung di sisi allah & melahirkan sifat Zuhud: bukan sederhana dlm keadaan memang tak mampu, Tapi guna apa yg ada walaupun boleh dapat lebih dari itu. 17. Menurut syeikh muhammad abdullah al khatib dlm syarah kpd risalah taalim: Tanda tajarrud - seseorang itu menimbang setiap perkara dgn neraca dakwah. Tetapkan pendirian terhadap semua perkara berdasarkan neraca tersebut. Apa saja yg dibuat, pertimbangannya adalah dakwah. Takkan berbalah melainkan tahu ia akan menyelesaikan masalah. 18. Sikap Terhadap (a) Muslim yg berjihad : kasihi, bantu, tunaikan hajat etc. (b) Muslim yg hanya duduk tidak bekerja: gerakkan semangat, bantu, nasihat (c) Muslim yg berdosa : ingatkan mereka, nasihat, ajak kembali kpd Allah walaupun tindakan yg tidak popular (d) Zimmi: yg tidak memutuskan perjanjian - tolak ansur dgn mereka, bersikap adil. 'Peaceful co existence'. 19. Jiwa daie mesti lebih besar dari jiwa politician. 20. Moga Allah membantu kita mencapai sifat Tajarrud. Perumpamaan oleh ustaz Yahya Usman berkenaan tajarrud. Ikan yg duduk di air laut tetapi tak jadi masin. SOAL JAWAB 21. Faham adalah yg paling penting. Imam ibn qayyim kata nikmat paling besar selepas nikmat Iman dan Islam adalah 'kefahaman yg sahih'. 22. Cabaran Mukmin yg dengki dgn dirinya sendiri. Salah satu uslub yg disebut oleh dr qaradhawi dlm tajuk adabun ikhtilaf (berbeza pendapat) adalah tazkiyatun nafs. Perbalahan berlaku bukan sangat kerana pemahaman berbeza tapi sebab memang serba tak kena. Sebab ada masalah hati. Tidak ada masalah pun kalau berbeza pandangan. 23. Bila jamaah Buat keputusan maka pegang pada keputusan tersebut. 24. Walaupun kita kata rukun faham itu yg paling penting - tapi kalau kita tak ambil kira rukun lain spt ukhuwwah, ikhlas etc - tak jadi juga. 25. Cabar kefahaman lama. Tajdid pemahaman adalah suatu yg baik. Tapi jgn lupa ada perkara2 yg bersifat qat'ie. 26. AKP terangkan bahawa pegangan mereka pada sekularism bukan helah. Tapi fahaman mereka adalah sekular dalam kefahaman secularism iaitu pengasingan institusi politik. Jihad mujaddid turki mentafsir semula sekularism. Tetapi kita dgn cepat menghukum mereka tanpa kita memahami dgn jelas pandangan dan waqi mereka di turki. 27. Buku yg baik utk dibaca : Analisis strategi dan kebijakan AKP Turki memenangkan pemilu. Tulisan Ahmad Zakirin. (Qader PKS) buku warna merah. 28. Cara praktikal selesaikan polemik (a) Lazimi istighfar (b) Solat sunat taubat (c) Doa sungguh2 satukan hati2 kami, bayangkan sahabat2 kita Catitan oleh Dr Azrin dan Sdr Firdaus Zabidi. Edit by Burhanuddin Www.hululangat.net

21 February 2015

KITAB BERSUCI - Jenis -Jenis air Dan Pembahagian-Pembahagiaannya.

Bab : Jenis -Jenis air Dan Pembahagian-Pembahagiaannya.

Air-air yang boleh bersuci dengannya ada tujuh jenis air :
  1. Air langit (hujan).
  2. Air laut.
  3. Air sungai.
  4. Air telaga.
  5. Air mata air
  6. Air salji
  7. Air embun
Air terbahagi kepada empat bahagian :
  1. Suci lagi menyucikan tidak makruh, iaitu air mutlak.
  2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh, iaitu air (di dalam bekas yang boleh berkarat) yang terkena pancaran matahari.
  3. suci tetapi tidak menyucikan iaitu :       
    Air yang sudah digunakan. 
    -
    Air yang berubah kerana bercampur dengan benda-benda yang bersih.
  4.  Air najis iaitu air yang yang kurang dari dua kolah atau dua kolah tetapi berubah (apabila bercampur dengan najis)           
* dua kolah: lebih kurang di dalam pendapat yang lebih kuat 230 liter air. WA
Petikan dari kitab Mukhtasar Abi Syuja'

KESATUAN UMAT ISLAM

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kani jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan rasulullah (Nabi Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (sebenarnya kibkat kamu ialah ka'bah) dan tiadalah kami jadikan kiblat yang mengadapnya dahulu itu (wahai muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufuran)".
 Huraian :

Sesungguhnya kebaikan dan kemuliaan itu bukanlah terletak di barat atau timur, tetapi di mana sahaja ada kebaikan maka ia daripada Allah S.W.T. Antara kebaikan yang telah diberikan kepada umat islam ialah mereka dianugerahkan Allah S.W.T dengan gelaran umat pilihan yang memiliki nilai-nilai kesederhanaan dan adil serta penuh kebijaksanaa. Dalam mengatur langkah maju ke hadapan, umat islam perlu mampu membina keperibadian sebagai teras kejayaan berasaskan al-quran dan as-sunnah. Umat pilihan pasti mampu merealisasikan penyatuan dan kekuatan sebagaimana penyatuan kiblat yang satu yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, setiap umat islam perlu kembali kepada nilai dan ciri kedudukan umat yang terpilih agar mereka mampu menikmati kejayaan gemilang yang diredhai Allah S.W.T. Mengambil sikap melampau, ganas dan taksub, bukan sahaja merosakkan imej umat islam sebagai umat pilihan, malah memberi gambaran yang buruk kepada kemuliaan agama islam yang merupakan agama yang sederhana, adil dan sejahtera.

Kesimpulan :

kedudukan umat islam sebagai umat pilihan akan rosak binasa sekiranyya umat islam sendiri menjauhi akhlak mulia dan sifat terpuji. Sesungguhnya umat islam adalah umat yang bersatupadu sebagaimana mereka dibentuk mengadap kiblat yang satu. Sebarang tindakan yang boleh memecah belahkan kesatuan dan perpaduan umat ditolak dan ditegah oleh islam. WA


11 December 2012

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.

Contohnya seperti....
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.

Contoh lain....

Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"

Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.

Karenah anak-anak seperti :-

  • Tidak Mahu Mendengar Arahan..
  • Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
  • Tidak Mahu Makan
  • Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
  • Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
  • Suka Membuat Sepah

Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap "kepanasan" anda ..

Jadi... Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Anda?

Ianya Bukan Silap Anda!

Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.

Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.

Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Mahukah anda mendidik anak anda menjadi anak yang Soleh dan Solehah, menghormati orang yang lebih tua dan yang penting sekali KESELAMATAN mereka terjamin

Tangani Karenah Anak-Anak Anda Dengan Bijak!

MUNGKIN INI SALAH SATU SEBAB MENGAPA NAJIB TAKUT BERDEBAT


SUMBER: FB Malaysian Gags

25 November 2012

Mereka semua dari kalangan Ahlussunnah wal-Jamaah di Palestine.


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" :Al Imran:169

Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.

Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiw

a-jiwa umat ini.

Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta.

Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri

Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya.
-KGB-


24 November 2012

KATA2 USTAZ AZHAR IDRUS

P/S Siapa ye?? korang fikirlah sendiri..........

Jom Jihad ke Jalan Allah.

JOM INFAQ HARTA KITA KE JALAN ALLAH
SEMOGA CINTA DAN KASIH KITA TIDAK BERMUSIM.... PERHATIAN DAN PENGORBANAN AGAR TIADA TERMA DAN SYARAT.. USAHA DAN BANTULAH PERLULAH BERTERUSAN.. KALAU bUKAN DARI KITA..DARI SIAPA LAGI?

19 November 2011

APA MASALAH MANUSIA NI SAMPAI SANGGUP BEDAH KEPALA DAN TUKAR DENGAN KEPALA ANJING (7 GAMBAR)


Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Tuhan dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.

Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang dilekatkan dengan cara dijahit ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.

18 November 2011

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

 Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.

Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik

selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".

Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.

Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.

Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.

Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.

Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .


sumber