21 February 2015

KITAB BERSUCI - Jenis -Jenis air Dan Pembahagian-Pembahagiaannya.

Bab : Jenis -Jenis air Dan Pembahagian-Pembahagiaannya.

Air-air yang boleh bersuci dengannya ada tujuh jenis air :
  1. Air langit (hujan).
  2. Air laut.
  3. Air sungai.
  4. Air telaga.
  5. Air mata air
  6. Air salji
  7. Air embun
Air terbahagi kepada empat bahagian :
  1. Suci lagi menyucikan tidak makruh, iaitu air mutlak.
  2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh, iaitu air (di dalam bekas yang boleh berkarat) yang terkena pancaran matahari.
  3. suci tetapi tidak menyucikan iaitu :       
    Air yang sudah digunakan. 
    -
    Air yang berubah kerana bercampur dengan benda-benda yang bersih.
  4.  Air najis iaitu air yang yang kurang dari dua kolah atau dua kolah tetapi berubah (apabila bercampur dengan najis)           
* dua kolah: lebih kurang di dalam pendapat yang lebih kuat 230 liter air. WA
Petikan dari kitab Mukhtasar Abi Syuja'

KESATUAN UMAT ISLAM

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kani jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan rasulullah (Nabi Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (sebenarnya kibkat kamu ialah ka'bah) dan tiadalah kami jadikan kiblat yang mengadapnya dahulu itu (wahai muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufuran)".
 Huraian :

Sesungguhnya kebaikan dan kemuliaan itu bukanlah terletak di barat atau timur, tetapi di mana sahaja ada kebaikan maka ia daripada Allah S.W.T. Antara kebaikan yang telah diberikan kepada umat islam ialah mereka dianugerahkan Allah S.W.T dengan gelaran umat pilihan yang memiliki nilai-nilai kesederhanaan dan adil serta penuh kebijaksanaa. Dalam mengatur langkah maju ke hadapan, umat islam perlu mampu membina keperibadian sebagai teras kejayaan berasaskan al-quran dan as-sunnah. Umat pilihan pasti mampu merealisasikan penyatuan dan kekuatan sebagaimana penyatuan kiblat yang satu yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, setiap umat islam perlu kembali kepada nilai dan ciri kedudukan umat yang terpilih agar mereka mampu menikmati kejayaan gemilang yang diredhai Allah S.W.T. Mengambil sikap melampau, ganas dan taksub, bukan sahaja merosakkan imej umat islam sebagai umat pilihan, malah memberi gambaran yang buruk kepada kemuliaan agama islam yang merupakan agama yang sederhana, adil dan sejahtera.

Kesimpulan :

kedudukan umat islam sebagai umat pilihan akan rosak binasa sekiranyya umat islam sendiri menjauhi akhlak mulia dan sifat terpuji. Sesungguhnya umat islam adalah umat yang bersatupadu sebagaimana mereka dibentuk mengadap kiblat yang satu. Sebarang tindakan yang boleh memecah belahkan kesatuan dan perpaduan umat ditolak dan ditegah oleh islam. WA