Ciri-ciri ajaran Islam - Syumul (Menyeluruh)

SYUMULIYYAH
 
Syumul bermaksud lengkap.  Ini bererti bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan dunia dan akhirat.
Islam meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap yang meliputi ;
Ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebuadayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya.
Firman Allah SWT ;


38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab

Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap. Maka, kita tidak perlu cari agama lain, kerana tiada agama yang selengkap Islam. Al-Quranlah selengkap-lengkap petunjuk atau manual cara hidup di dunia dan akhirat.
Sebagai perbandingan, katakan kita membeli sebuah kereta baru, tentulah kita  inginkan manual yang lengkap, meliputi semua aspek kereta tersebut seperti keselamatan, cara menggunakan kompenan, prosuder penyenggaraan dsb.   Kita akan patuh kepada semua prosuder, manual dan nasihat daripada syarikat yang membuat kereta tersebut atau sekurang-kurangnya mekanik yang amat arif tentang kereta keluaran syarikat tersebut. Kenapa perlu patuh ? Supaya kita dan kereta kita sentisa selamat sepanjang perjalanan dan yang paling penting sampai ke destinasi yang ditujui, bukannnya tersesat jalan.
Jadi, begitulah hidup kita ini…. Allah sebagai pencipta kita, maka sewajarnya kita patuh dan mengikut prosedur @ manual yang Allah sediakan iaitu al-Quran. Ikutilah al-Quran. Nescaya hidup kita akan bahagia , selamat di dunia dan akhirat serta tidak akan tersesat, insya Allah kita akan sampai ke destinasi kita, iaitu Surga, bukannya tersesat ke neraka.
Kembali kepada firman Allah SWT di atas, cuba renung kisah yang biasa kita dengar seperti di bawah ini ;
Pada satu malam, ketika memberi tazkirah sempena majlis kesyukuran pembukaan kedai makan seorang sahabatnya, seorang penceramah telah membaca ayat di atas, beliau seterusnya menjelaskan kandungan ayat tersebut dengan contoh-contoh yang mudah. Tiba-tiba, seorang pendengar menyampuk.
“Tuan, tadi tuan kata, semua perkara telah Allah nyatakan dalam al-Quran. Cuba tuan terangkan kepda saya,  berapa kepingkah roti canai yang dapat dibuat dengan 1 kg tepung gandum ? Nyatakan ayat berapa dan surah apa dalam al-Quran ? “
Pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu telah menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Orang  beranggapan bahawa soalan itu tentu amat sukar dijawab oleh penceramah tersebut dan bertujuan untuk memalukannnya.
Tapi, pencermah yang cerdik itu, dengan senyum dan tenang menjawab..
“Terima kasih kepada soalan yang cukup relevan dengan tajuk dan memang tip-top.  Lusa,  Insya Allah, semasa ceramah kat masjid kita, saya akan jawab”.
Apabila sampai malam yang dijanjikan. Alangkah terkejutnya, penceramah tersebut, ramainya ahli kariah yang datang.. berpusu-pusu… kalau dulu paling ramaipun dalam 20 je… ini dah berlipat kali ganda… kerana nak tahu jawapan bagi soalan sebelum ini….
Tibalah saat yang dinanti-nantikan, maka dengan tenang dan senyum beliau berkata…
“Ini jawapan yang saudara semua tunggu..” “1 kg tepung gandum boleh menghasilkan XX roti canai” “Cuba buka al-Quran, lihat ayat 43 surah an-Nahl”
Maka merekapun, masing-masing membuka al-Quran, lalu mereka baca ayat di bawah beserta dengan tafsirannya. 

4 
   43. Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.
“Jawapan tu betul” kata salah seorang daripada mereka.
“Tapi, ayat tersebut tak sebutpun pasal roti canai”  tambah seorang lagi dengan perasaan sedikit marah kerana dia rasa tertipu.
Lalu, penceramah itu menjelaskan,
“Memanglah ayat itu tidak secara terang-terang sebut roti canai, sebab diturunkan di Mekah/Madinah, dulu mana ada roti canai kat situ”
“Lagipun kalau sebut roti canai, makanan lain pula kena sebut, kalau begitu kena catat pula cara membuatnya dsb”
“Makanan lain pula kena sebut juga, kalau macam ni, ……” jawabnya dengan panjang lebar.
“Sebab itu, Allah nyatakan secara umum tetapi jelas. Ayat tersebut meminta kita bertanya kepada orang yang tahu mengenai perkara tersebut. Jadi, kelmarin, saya telah bertanya kepada Pak X yang menjual roti canai kat tepi jalan tu…. Itulah jawapan yang diberi oleh beliau. Maka, ayat ini amat tepat bagi menjawab soalan tersebut”
“Ooo begitu…Barulah kami faham !!!” jawab tok imam yang duduk bersimpul di sebelah penceramah, beliau sejak tadi hanya tunduk diam sahaja untuk menjaga hati penceramah. Maka situasipun menjadi tenang. 
Cerita di atas menjelaskan bahawa betapa lengkapnya al-Quran.

 
Apa kata Barat terhadap kesyumulan Islam sebagaimana yang telah ditulis oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Dr. Hoking, seorang Prof Falsafah di Harvard University ;
“Sesungguhnya dalam sistem Islam itu sendiri terdapat persiapan untuk tumbuh dari dalam. Saya amat berkeyakinan dan tidak salah jika saya katakan bahawa syariat Islam mencakupi semua prinsip untuk maju”
Dr. Izco Insapato ;

“Bahawa sesungguhnya syariat islmiyah dalam perbahasannya mengatasi undang-undang Eropah, bahkan syariat islmiyahlah yang mendatangkan kepada dunia perundangan yang paling lengkap dan tepat ”

No comments:

Copyright© All Rights Reserved Az-zamakhsyari.blogspot.com