11 December 2012

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.

Contohnya seperti....
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.

Contoh lain....

Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"

Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.

Karenah anak-anak seperti :-

  • Tidak Mahu Mendengar Arahan..
  • Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
  • Tidak Mahu Makan
  • Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
  • Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
  • Suka Membuat Sepah

Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap "kepanasan" anda ..

Jadi... Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Anda?

Ianya Bukan Silap Anda!

Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.

Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.

Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Mahukah anda mendidik anak anda menjadi anak yang Soleh dan Solehah, menghormati orang yang lebih tua dan yang penting sekali KESELAMATAN mereka terjamin

Tangani Karenah Anak-Anak Anda Dengan Bijak!

MUNGKIN INI SALAH SATU SEBAB MENGAPA NAJIB TAKUT BERDEBAT


SUMBER: FB Malaysian Gags

25 November 2012

Mereka semua dari kalangan Ahlussunnah wal-Jamaah di Palestine.


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" :Al Imran:169

Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.

Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiw

a-jiwa umat ini.

Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta.

Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri

Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya.
-KGB-


24 November 2012

KATA2 USTAZ AZHAR IDRUS

P/S Siapa ye?? korang fikirlah sendiri..........

Jom Jihad ke Jalan Allah.

JOM INFAQ HARTA KITA KE JALAN ALLAH
SEMOGA CINTA DAN KASIH KITA TIDAK BERMUSIM.... PERHATIAN DAN PENGORBANAN AGAR TIADA TERMA DAN SYARAT.. USAHA DAN BANTULAH PERLULAH BERTERUSAN.. KALAU bUKAN DARI KITA..DARI SIAPA LAGI?