14 October 2011
Kerajaan Sorokkan Laporan Audit Untuk Rujukan Ahli Parlimen Bahas Bajet 2012
Ahli parlimen Pakatan Rakyat menimbang untuk mengemukakan usul khas bagi menuntut penjelasan kerajaan kerana masih belum mendapat laporan kewangan untuk tahun 2010.
Sedangkan pejabat ketua audit negara telah mengesahkan bahawa laporan audit itu telahpun siap, dakwa ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
"Mereka terkejut bila ahli parlimen belum dapat (laporan audit) sedangkan ia telah dihantar," kata Johari dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Jelasnya, beliau diberitahu demikian ketika menghubungi pejabat ketua audit negara semalam.
"Malah mereka gembira kerana mereka boleh siapkan laporan itu jauh lebih baik daripada tahun lepas," katanya.
Tambahnya, laporan berkenaan biasanya telahpun disediakan ketika menteri kewangan membentangkan belanjawan.
Macam mana nak bahas bajet
"Macam mana kita hendak bahaskan bajet jika kita belum lihat laporan sebelum ini," katanya lagi dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, perkara itu memalukan kerana perbahasan telahpun masuk hari keempat dan laporan itu masih belum diperolehi.
"Kalau sangkut di pejabat menteri, itu pelik kerana laporan itu perlu diserahkan kepada parlimen, bukannya ke pejabat menteri.
"Yang saya hairan, bagaimana ada negeri yang telah dapat laporan audit daripadada jawatan audit negara berhubung kewangan negeri tersebut.
"Selalunya akan dibentangkan (laporan) kerajaan pusat dan kerajaan negeri semuanya akan diberikan kepada kami," katanya lagi.
Menurutnya, beliau difahamkan bahawa negeri Kelantan telahpun mendapat laporan kewangan untuk negeri berkenaan.
Minta penjelasan PAC
Sementara itu ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata, isu berhubung laporan audit itu telahpun ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perbahasannya Isnin lalu.
"Beliau telah menempelak kerajaan kerana inilah kali pertama laporan audit tidak dibentangkan sebelum perbahasan.
"Tidak pernah berlaku di zaman (Anwar yang juga bekas menteri kewangan). Itupun, hingga sekarang tidak dibawa ke Dewan," katanya.
Tambahnya, speaker dewan boleh mencadangkan supaya perbahasan itu tidak dapat diteruskan selagi dokumen tersebut tidak diperolehi.
Ahli parlimen Rantau Panjang, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam sidang media sama berkata beliau selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) juga tidak pernah menerima atau melihat apa-apa laporan audit.
"Saya rayu kepada pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid supaya buat penjelasan," katanya. -M'kini

Terjahh..Gambar Nii,Jadikan Pemimpin Umno "Gila Babi"..??
Keakraban TG Nik Aziz dengan Tuanku Sultan menjadikan pemimpinan Umno
"Gila Babi" kerana selama ini mereka mampu menjilat dan menguasai istana semata-mata atas kepentingan politik jijik mereka..kiniii..puak-puak umno melopong habiss..
Inilah sunnah Rasullullah..keakraban Ulamak dengan Umarak kerana Allah,akan menjadikan sesebuah kerajaan mendapat keberkatan dan dilindungi Allah.
Tetapi..kalau Ulamak takut kepada pemerintah serta menjilat-jilat
pemerintah.maka akan rosaklah rakyat dengan pelbagai fitnah dan gejala maksiat serta kemungkaran yang menakutkan."Gila Babi" kerana selama ini mereka mampu menjilat dan menguasai istana semata-mata atas kepentingan politik jijik mereka..kiniii..puak-puak umno melopong habiss..
Inilah sunnah Rasullullah..keakraban Ulamak dengan Umarak kerana Allah,akan menjadikan sesebuah kerajaan mendapat keberkatan dan dilindungi Allah.
Tetapi..kalau Ulamak takut kepada pemerintah serta menjilat-jilat
Maka..Ulamak yang mencari habuan dunia ini,akan mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat...Hancur Umno,Negara Berkat..
PERCAYALAH TANPA HUDUD PEROGOL DI MALAYSIA SUDAH SEKRONIK INI:TIDAK PERNAH SERIK DIPENJARA KERANA MEROGOL, DATUK UPAH AYAM GORENG SELEPAS ROGOL CUCU
Yang ni kes berlainan tapi yang hebatnya datuk lahanat ni rogol cucunya didalam kandang lembu.
Kulim - Tidak serik dipenjara kerana kesalahan merogol, seorang datuk sanggup melakukan perbuatan sama terhadap cucunya yang juga murid tahun tiga dan masih bersekolah.
Lebih menyedihkan mangsa hanya diberi upah ayam goreng setelah suspek memuaskan nafsunya.
Mangsa dikatakan sering tidak ke sekolah menyebabkan gurunya bertanya tentang masalah yang dihadapinya.
Mangsa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dan guru berkenaan yang terkejut dengan pengakuan itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor menasihatkan supaya laporan polis dibuat.
Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada waris mangsa dan suspek datang ke balai polis bersama mangsa untuk membuat laporan polis dengan menuduh bapa mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Polis yang menjalankan siasatan ke atas datuk dan bapa mangsa berasa curiga lalu meminta mangsa menceritakan kisah sebenar. Barulah kanak-kanak itu mengaku dia diarahkan oleh datuknya untuk menuduh bapanya.
Setelah menjalankan siasatan terhadap datuk mangsa, akhirnya suspek mengaku melakukan perbuatan itu terhadap cucunya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum ini suspek pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol.
“Dia pernah menerima hukuman 12 sebatan dan dipenjarakan sebelum ini. Suspek juga baru dibebaskan dari penjara. Apa yang dilakukan oleh suspek adalah satu kesalahan serius dan kes akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. -SH

Kedutaan Malaysia Di Jakarta Diserang
Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal.
Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan.
Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ.
Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.
Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy.
Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana mendakwa tuduhan mereka itu tidak benar.
Para penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis.
Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk.
Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia.
Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas.
Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro.
“Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928,” kata Marty.
Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya.
Sehubungan kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berikutan kerosakan yang berlaku.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata pihaknya akan meminta penjelasan bagaimana kekacauan itu boleh tercetus sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.
“Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara.
“Nota diplomatik yang akan dikirim ini ialah bagi meminta penjelasan daripada kerajaan Indonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini,” katanya di Jakarta.
Pengiriman nota diplomatik itu adalah selaras dengan Konvensyen Vienna yang menetapkan bahawa pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat perwakilan asing di negara berkenaan. -Bernama

Buku Sesat Kelab Taat Suami: Jadi "Orang Roh" Untuk Kenikmatan Seks Berganda
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.
Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.
“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.
Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.
Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.
Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.
Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah. -TMI

13 October 2011
TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT
SMS dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang:
" As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.."
Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah.
Suasana kecoh petang tadi di hadapan dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.
Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.
Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi.
Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnin lalu.
Walaupun menerima provokasi dari Umno sejak petang tadi, kehadiran masyarakat Segamat di dalam program jamuan makan bersama Lim Guan Eng amat memberansangkan.
Tidak seperti di program jamuan Makan bersama Lim Guang Eng di Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat yang kecoh diganggu pemuda Umno. Program ceramah pakatan rakyat di Tenang, Labis tenang tanpa gangguan daripada Umno mahupun daripada JAIJ.
Sehingga berakhirnya program di Labis, tidak kedengaran bunyi bising salakan motor mat rempit upahan Umno seperti yang berlaku sebelum ini. Mungkin barangkali kesemua pemuda Umno dan budak-budak upahan mereka telah diarahkan untuk membuat provokasi di program jamuan makan Lim Guan Eng.
Apapun sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua Unit Amal yang bertugas mengawal dan menjaga keselamatan masyarakat Segamat yang hadir. Terima kasih juga kepada komrad SAMM yang hadir pada program malam tadi khususnya Penyelaras SAMM Johor, Sdr Ahmad Anwar Ayraf yang mengiringi Che'guBard sepanjang program di Johor. Pulakdah.blogspot.com
" As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.."
Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah.
Pemuda-pemuda Umno membuat provokasi bantahan di padang sekolah Li Chi petang tadi.
Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.
Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi.
Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnin lalu.
Walaupun menerima provokasi dari Umno sejak petang tadi, kehadiran masyarakat Segamat di dalam program jamuan makan bersama Lim Guan Eng amat memberansangkan.
Tidak seperti di program jamuan Makan bersama Lim Guang Eng di Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat yang kecoh diganggu pemuda Umno. Program ceramah pakatan rakyat di Tenang, Labis tenang tanpa gangguan daripada Umno mahupun daripada JAIJ.
Sehingga berakhirnya program di Labis, tidak kedengaran bunyi bising salakan motor mat rempit upahan Umno seperti yang berlaku sebelum ini. Mungkin barangkali kesemua pemuda Umno dan budak-budak upahan mereka telah diarahkan untuk membuat provokasi di program jamuan makan Lim Guan Eng.
Bob Lokman menyampaikan ceramah di Tenang, Labis tanpa sebarang gangguan.
Apapun sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua Unit Amal yang bertugas mengawal dan menjaga keselamatan masyarakat Segamat yang hadir. Terima kasih juga kepada komrad SAMM yang hadir pada program malam tadi khususnya Penyelaras SAMM Johor, Sdr Ahmad Anwar Ayraf yang mengiringi Che'guBard sepanjang program di Johor. Pulakdah.blogspot.com
12 October 2011
11 October 2011
Sabar di dalam al-Qur'an
Kesabaran itu manis. Urusannya patut ditekadkan, dan orang-orang yang percaya saling mewasiatkannya kepada satu sama lain. Mereka yang bersabar dapat petunjuk, dan pertolongan Allah, untuk menjadi orang-orang yang menang, terutama di akhirat. Begitu kesudahan bagi orang-orang yang tabah menahan penderitaan, atau yang tidak terburu-buru tetapi tenang menghadapti cubaan.
Perkataan sabar atau kesabaran banyak disebut di dalam al-Qur'an. Banyak juga pengajaran yang didapati daripada ayat-ayat yang mengandunginya. Kali pertama disebut menyentuh memohon pertolongan berbunyi,
"Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati," (2:45)
Pertolongan dipohon kepada Allah dengan sabar dan solat, yang menjadi berat bagi orang-orang yang sombong. Untuk solat pula, ahli keluarga disuruh melakukannya dengan sabar juga, seperti amalan lain dalam penyembahan kepada-Nya. Firman Tuhan,
"Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya;" (20:132)
"Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan bersabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya;" (19:65)
Lantaran itu, terlihat tiga keadaan yang memerlukan kesabaran, dan mereka diringkaskan seperti di bawah:
mohon pertolongan kepada Allah (2:45, 2:153, 7:128) dalam solat (2:45, 20:132) dalam penyembahan kepada-Nya;" (19:65)
Ada banyak lagi contoh keadaan yang memerlukan kesabaran di dalam al-Qur'an. Antaranya disenaraikan dengan ringkas seperti berikut:
atas apa sahaja yang menimpa (22:35) dalam kecelakaan, kesusahan, dan bencana (2:177) dalam debat untuk menyeru ke jalan Allah (16:125-127) dalam tiada kemewahan untuk mengahwini wanita-wanita merdeka (4:25) sesuatu yang tidak meliputi dalam pengetahuan (18:68)
Mengenai keadaan terakhir di dalam senarai, sebuah cerita yang bercangkuk diturunkan, merupakan kisah Nabi Musa dengan seorang yang dikenali umum dalam Islam sebagai Khidir. Baginda telah menemuinya lalu ingin mengikutinya dalam suatu perjalanan. Begini al-Qur'an menceritakannya:
"Berkata, 'Sesungguhnya kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku. Dan bagaimanakah kamu akan bersabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?'
Berkata (Musa), 'Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, bersabar; dan aku tidak akan menentang kamu dalam urusan.'
Berkata, 'Jika kamu ikut aku, maka janganlah menanyai aku sesuatu sehingga aku sendiri mengemukakan sebutan mengenainya kepada kamu.'Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata (Musa), 'Apa, adakah kamu melubanginya untuk menenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk.'
Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?'
Berkata (Musa), 'Janganlah kamu mempertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga memaksa aku untuk membuat sesuatu perkara yang amat sukar.'Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata (Musa), 'Apa, adakah kamu membunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat.'
Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?'
Berkata (Musa), 'Jika aku menanyakan kamu mengenai sesuatu selepas ini, maka janganlah menemani aku lagi; kamu telah cukup memberi alasan kepadaku.'Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandar raya, mereka meminta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka menolak untuk menerima mereka dengan layanan baik untuk tetamu. Kemudian mereka mendapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia menegakkannya. Berkata (Musa), 'Sekiranya kamu menghendaki, tentu kamu mengambil upah untuk itu.'Berkata, 'Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan memberitahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya. Mengenai kapal, ia kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku menghendaki untuk merosakkannya kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa.
Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan memaksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan. Maka kami menghendaki supaya Pemelihara mereka memberi mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu menghendaki supaya mereka sampai dewasa dan kemudian mengeluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak melakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya.'" (18:67-82)
Oleh itu nyatalah bahawa kesabaran diperlukan untuk mendapat penjelasan bagi sesuatu perkara yang tidak diketahui, seperti ke atas sesuatu kejadian atau ayat daripada Allah.
Dalam kisah Nabi Yusuf pun ada cerita berunsur kesabaran. Baginda telah dihumban ke dalam perigi semasa kecil oleh saudara-saudaranya, ditinggalkan, tetapi bajunya di bawa pulang untuk ditunjukkan kepada bapa mereka sebagai bukti bahawa baginda telah dibaham seekor serigala. Senario itu dirakam di dalam Kitab seperti berikut:
"Mereka berkata, 'Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan menjadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar.' Dan mereka mendatangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia (Yaakub) berkata, 'Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.'" (12:17-18)
Saudara-saudaranya telah mendatangkan satu lagi berita buruk kepada bapa mereka, iaitu adik Yusuf telah ditahan oleh seorang pembesar kerana didapati mencuri, tanpa mengetahui bahawa kecurian itu adalah suatu helah daripada baginda. Ketika menerima berita tersebut bapa mereka berkata,
"Tidak! Tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk membuat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya, Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana." (12:83)
Sebelum cerita berakhir dengan seluruh ahli keluarga disatukan semula, saudara-saudara Yusuf telah menemuinya sekali lagi di mana baginda telah mendedahkan siapa sebenarnya dia kepada saudara-saudaranya, yang disambut dengan:
"Mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata, 'Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?' Dia berkata, 'Aku Yusuf. Ini saudaraku (yang dituduh mencuri). Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.'" (12:90)
Orang-orang yang sabar dan bertakwa diterima Allah sebagai orang-orang yang berbuat baik. Daripada cerita tersebut, situasi yang memerlukan kesabaran dapat disimpulkan dengan frasa berikut:
mendapat berita buruk (12:18)
Lagi cerita Nabi yang diketahui umum. Kali ini kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya, ketika baginda memberitahu apa yang dilihatnya dalam tidur. Firman-Nya, "Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, 'Wahai anakku, aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?' Berkata, 'Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan; kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang sabar.'" (37:102)
Tergambar ketiadaan tindakan tergesa-gesa, tetapi terbit suasana yang tenang. Dalam cerita ini, keadaan yang memerlukan kesabaran adalah:
atas keputusan Allah yang dikenakan (37:102)
Tidak ketinggalan untuk diceritakan ialah mengenai Nabi Muhammad yang kemunculannya tidak sabar ditunggu oleh sekumpulan manusia lalu mereka memanggilnya dari belakang bilik-bilik. Mereka seharusnya berbuat demikian di pintu depan di mana melaluinya rumah-rumah harus dimasuki. Ayat yang mengisahkan berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari belakang bilik-bilik, kebanyakan mereka tidak faham. Dan jika mereka bersabar, sehingga kamu keluar kepada mereka, itulah yang lebih baik bagi mereka; dan Allah Pengampun, Pengasih." (49:4-5)
Maka situasi yang memerlukan kesabaran di sini boleh disimpulkan dengan nota di bawah:
dalam menunggu, seperti menunggu kemunculan Nabi (49:5)
Senarai keadaan yang memerlukan kesabaran dipanjangkan lagi dengan menyebut mengenai mengikuti ayat-ayat Allah. Ia diringkaskan seperti ini:
mengikuti wahyu, iaitu al-Qur'an (10:109)
Mengikuti petunjuk al-Qur'an tidak menemui jalan mudah. Bangkangan sedia menunggu, dan orang-orang yang membangkang akan bertindak dengan tindakan-tindakan berikut, yang harus dihadapi dengan kesabaran:
membuat muslihat (3:120) mendustakan dan menyakiti (6:34), menyakitkan (14:12) mendendami (7:126) mengata (20:130, 50:39, 73:10) menggelisahkan (30:60)
Permusuhan tercetus di kalangan umat manusia. Lontaran jahat dibaling, tetapi ditangkis dengan tangkisan yang baik. Dengan cara itu musuh boleh bertukar menjadi sahabat yang sedia. Firman-Nya,
"Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, menjadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat) yang setia.
Namun begitu, tiada yang menerimanya, kecuali orang yang bersabar; tiada yang menerimanya, kecuali orang yang mempunyai peruntungan yang besar." (41:34-35)
Pengajaran daripadanya atas tajuk kesabaran dicatat di bawah bersama bersabar atas putusan Allah terhadap musuh, yang tidak seharusnya diminta untuk disegerakan:
bersabar dalam permusuhan (41:34-35) bersabar atas putusan Allah terhadap musuh (52:48, 76:24)
Kesabaran juga perlu terhadap orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang yang menimbulkan masalah. Sebarang bentuk penganiayaan terhadap mereka untuk mencari keuntungan dunia dilarang Allah. Kandungan ayat yang menjelaskannya dalam konteks kesabaran diringkaskan seperti di bawah ini:
terhadap orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang (18:28)
Senarai keadaan di mana sifat sabar diperlukan diisi lagi dengan menyebut sebuah firman berbunyi, "Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak mempercayai, maka bersabarlah kamu sehingga Allah menghakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim" (7:87). Keadaan yang memerlukan kesabaran di sini ialah dalam:
penghakiman antara dua golongan, percaya dan tidak percaya (7:87)
Manusia berada dalam dua golongan untuk menjadi cubaan bagi satu sama lain. Firman-Nya, "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu para utusan melainkan bahawa mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami membuatkan sebahagian kamu menjadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, 'Mahukah kamu bersabar?' Pemelihara kamu melihat." (25:20). Maka kesabaran yang diperlukan kali ini adalah:
atas cubaan hasil pembentukan dua golongan manusia (25:30)
Untuk mengenali kesabaran di samping mengenali perjuangan di jalan Allah manusia diuji-Nya. Ayat berkaitan berbunyi, "Dan sungguh, Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan menguji berita kamu" (47:31). Contoh-contoh ujian yang dikenakan, yang memerlukan kesabaran, adalah:
ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan (2:155) dalam harta, dan diri-diri, dan gangguan yang banyak daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum al-Qur'an, dan orang-orang yang mempersekutukan (3:186) dalam berita orang-orang terlibat (47:31) dan bagi kaum Tsamud, yang tidak percaya, dengan unta betina, yang harus diberi minum seperti yang lain (54:27)
Dalam perjuangan akan berlaku penghijrahan orang-orang yang dizalimi. Itu menimbulkan satu atau dua lagi keadaan yang harus disabarkan, dan dimasukkan ke dalam senarai seperti berikut:
berhijrah kerana Allah, setelah dizalimi (16:41-42) berhijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang (16:110)
Perjuangan di jalan Allah termasuk pergi berperang. Kedua-duanya bukan sahaja dimuatkan di dalam senarai keadaan yang memerlukan kesabaran (iaitu yang ke-29 dan 30), seperti dicatat di bawah, tetapi sebagai penutup bagi senarai tersebut:
berjuang di jalan Allah (47:31) perang di jalan Allah (3:146)
Kesabaran dalam peperangan dikurniakan pertolongan daripada-Nya, misalan diturunkan malaikat-malaikat untuk membantu melawan tentera musuh yang lebih ramai. Janji tersebut terkandung di dalam ayat-ayat al-Qur'an bermaksud,
"Ia, jika kamu bersabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas." (3:125)"Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami." (8:65)"Sekarang Allah meringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar." (8:66)
Allah berserta orang-orang yang sabar. Sebelum mereka pergi bertempur mereka berdoa macam dilakukan tentera Thalut yang melawan Jalut. Doa berkenaan terkandung di dalam sebuah ayat berbunyi "Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)'" (2:250). Peperangan itu menampilkan seorang hero bernama Daud (Nabi) yang berjaya membunuh Jalut.
Balasan ke atas orang-orang yang menentang, seperti orang-orang yang tidak mempedulikan perintah Tuhan, tidak dipohon supaya disegerakan. Meraka akan dimusnahkan Allah. Putusan yang dipohon kepada-Nya harus diikuti dengan kesabaran. Tiga ayat mengenainya diturunkan:
"Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq." (46:35)
"Dan bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit," (52:48)"Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya." (76:24)
Setiap orang yang bersabar, yang berterima kasih, mengambil sesuatu kejadian atau tanda kebesaran Allah sebagai ayat, atau sebagai suatu yang direnungkan, misalan ayat yang menyuruh Nabi Musa mengeluarkan kaumnya, direnung pada apa dan siapa yang dihadapinya, iaitu Firaun yang zalim:
"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, 'Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah.' Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih)." (14:5)
Ayat-ayat lain yang menyebut orang bersabar menjadikan ayat atas sesuatu adalah:
"Tidakkah kamu melihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (31:31)"Tetapi mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami'; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami membuat mereka hadis, dan Kami menghancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (34:19)"Dan jika Dia mengkehendaki, Dia menenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih." (42:33)
Orang-orang yang bersabar dapat petunjuk kerana kesabaran mereka, dan mereka yakin terhadap ayat-ayat Allah. Mendapat petunjuk daripada Allah menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ayat yang menyatakan mereka mendapat petunjuk berbunyi,
"Dan Kami melantik daripada kalangan mereka imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka bersabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami." (32:24)
Sifat yakin akan ayat-ayat Allah, dan bertakwa kepada-Nya yang terlebih dahulu disebut (3:125, 12:90) menjadi pasangan bagi orang-orang yang bersabar. Mereka juga dipasangkan dengan amalan membuat kerja-kerja kebaikan, dan apabila dirasakan kemakmuran setelah disentuh kesusahan, tidak membanggakan diri, seperti berkata "Keburukan telah pergi daripadaku" dengan sangat gembira (11:10-11).
Selain kerja-kerja kebaikan, orang-orang yang sabar melakukan solat, memberi nafkah, dengan diam dan terbuka, dan menolak kejahatan dengan yang baik. Firman-Nya,
"Orang-orang yang bersabar, dengan menginginkan Wajah Pemelihara mereka, melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang menolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad," (13:22)
Dalam menolak kejahatan dengan yang baik orang yang bermusuhan boleh menjadi seorang sahabat yang setia. Tiada yang menerimanya kecuali orang yang bersabar, yang mempunyai peruntungan yang besar (41:34-35). Dan mereka juga mengampunkan orang lain, menurut ayat berbunyi,
"Tetapi sesungguhnya orang yang bersabar, dan mengampunkan - sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan." (42:43)
Mereka adalah juga orang-orang yang berjuang di jalan Allah (3:142), dan percaya kepada ayat-ayat-Nya, membuat kerja-kerja kebaikan (disebut lagi), dan bertawakal kepada Pemelihara mereka. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan menempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka." (29:58-59)
Sifat-sifat lain yang dipasangkan dengan sabar disebut di dalam sebuah ayat agak panjang tercatat,
"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim,
dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin,
dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh,
dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar,
dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar,
dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati,
dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah,
dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa,
dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga,
dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati
- bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar." (33:35)
Mereka yang bersabar adalah bersatu dengan orang-orang yang benar, orang-orang yang patuh, orang-orang yang menafkahkan, dan orang-orang yang meminta ampun pada waktu sebelum dinihari (3:17).
Pada Hari Kiamat, upah bagi orang-orang yang bersabar dibayar mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat, dan dibayar sepenuhnya tanpa perhitungan, serta diberi sebuah Taman. Tiga ayat bersangkutan berbunyi,
"Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan membalas orang-orang yang bersabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat." (16:96)"Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa perhitungan.'" (39:10)"Dan membalas mereka kerana mereka bersabar dengan sebuah Taman," (76:12)
Salam hormat bagi mereka pada hari itu ialah "'Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar.' Sangat baiknya tempat kediaman muktamad" (13:24). Salam tersebut dalam bahasa asal berbunyi salaamun alaikum bimaa shabartum, diberi setelah segala amalan yang dibuat di dunia diperhitungkan. Terdapat pula golongan yang gelisah apabila ia menjadi salam hormat yang dilontar kepada mereka, kerana kitab amalan mereka belum ditutup lagi dan mereka tidak tahu apa yang akan dilakukan esok, misal hilang kesabaran. Namun jika terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan ingin menggunakannya jua, di dunia ini, maka tiada siapa yang akan cuba menghentikannya kecuali orang yang tidak memahami kebebasan dalam membuat pilihan, yang diberi Allah kepada manusia.
Bersabar adalah antara urusan yang ditekadkan. Yang lain turut ditekadkan adalah bertakwa, atau takut kepada Tuhan (3:186), melakukan solat, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, dan bersabar atas apa sahaja yang menimpa (31:17) dan mengampunkan orang lain (42:43).
Urusan bersabar disuruh Allah, ditambah dengan suruhan berlumba-lumba di dalamnya bagi orang-orang yang percaya, dan ia menjadi wasiat pula kepada satu sama lain di kalangan mereka. Firman-firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung." (3:200)"Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk bersabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan." (90:17) dan,"Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar." (103:3)
Lalu ia menjadi seruan di hujung halaman yang menyuarakan dua firman Allah sekali gus menjadi Peringatan terakhir diturunkan di sini berbunyi,
"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang manis." (70:5)
"Dan bersabarlah untuk Pemelihara kamu." (74:7)
MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA
Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?
Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Permohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya“Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”–lalu beliau membaca ayat di atas.
Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.
Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.
Akhlak sebagai pekerja
KITA memerlukan kewangan yang cukup untuk meneruskan kehidupan, menyara keluarga dan membantu golongan yang memerlukan. Secara fitrahnya, dengan bekerja seseorang itu boleh memperolehi biaya dalam bentuk pendapatan.
Dalam Islam, bekerja adalah suatu yang dituntut dan dianggap sebagai satu kewajipan. Malah mereka diseru agar tidak bergantung kepada bantuan serta kasihan belas orang lain. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu”. (riwayat al-Baihaqi)
Dalam Islam, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah ia halal di sisi syarak. Dengan kata lain, ia tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti arak, judi, riba, menipu, menindas dan sebagainya.
Di samping itu, ia juga mestilah pekerjaan yang tidak menjejaskan kepentingan umum dan merosakkan reputasi masyarakat Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat al- Bukhari)
Dalam pekerjaan bukan sahaja perlu dipastikan pekerjaan itu halal malah perlu juga memberikan perhatian kepada persoalan berkat. Untuk menikmati pekerjaan yang berkat di antara perkara yang perlu ialah dengan menjaga dan memelihara akhlak sebagai pekerja.
Persoalan inilah yang gagal dihayati dan diamalkan oleh kebanyakan pekerja. Kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu cemerlang.
Sebuah syarikat atau organisasi tentunya tidak akan mengambil seseorang yang berkelulusan tinggi sebagai pekerja apabila mengetahui individu tersebut mempunyai sikap malas, kedekut, angkuh dan sifat-sifat negatif yang lain. Kelulusan dan IQ yang tinggi adalah sia-sia kalau tidak digabungkan bersama akhlak yang baik.
Dalam sesi temuduga kerja umpamanya, pihak penemuduga tidak harus hanya melihat kelayakan calon dari sudut akademik dan pengalaman kerja tetapi perlu mengambil kira sudut akhlak dan etika. Ini kerana akhlak sangat penting dalam membantu seseorang itu mencapai kecemerlangan berorganisasi.
Justeru Islam memerintahkan umatnya bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) tetapi juga hubungan dengan manusia (hablum minannas).
Tanpa akhlak yang baik, tentunya pekerja tidak dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja yang lain secara harmoni.
Dalam memilih seseorang pekerja, Islam meletakkan dua syarat penting agar pekerja itu bukan sahaja cemerlang dalam kerjanya malah cemerlang juga di sisi Allah, iaitu mempunyai fizikal yang sempurna dan mempunyai sifat amanah.
Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau hendak mengupahnya ialah yang kuat lagi amanah. (al-Qasas: 26)
Seorang pekerja yang cemerlang perlu memahami dengan baik tugasnya. Dia tidak boleh bertindak semberono dalam melaksanakan tugas harian di tempat kerja.
Tanpa kefahaman yang jelas, pekerja itu akan menjadi seperti robot yang hanya tahu melakukan kerja tanpa memahaminya. Maka apabila berlaku sebarang masalah teknikal kerana kerosakan peralatan dan sebagainya, pekerja itu tidak dapat meneruskan kerjanya secara manual.
Ini juga memerlukan komitmen pegawai atasan untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada pekerja di bawah kelolaannya.
Untuk memahami tugas yang diamanahkan dengan lebih mendalam, maka pekerja itu tidak boleh merasa malu dan takut untuk bertanya.
Memang menjadi haknya untuk mengetahui perkara yang dilakukan.
Pekerja juga perlu mengambil inisiatif tersendiri untuk berdikari di samping tidak terlalu bergantung kepada arahan pegawai atasan.
Pekerja juga perlu memelihara suasana yang penuh harmoni ketika berinteraksi dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Jauhilah sikap iri hati sesama sendiri. Bersaing dengan rakan-rakan lain secara baik.
Jangan mereka-reka cerita dan memfitnah rakan-rakan yang lain agar dirinya dapat dilihat yang terbaik berbanding yang lain. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Muflis di kalangan umatku, datang di hari kiamat dengan solat, puasa, zakat namun datang juga cercaannya kepada orang ini, makan harta orang itu, menumpahkan darah sana, memukul sini lalu diganti rugi dengan amalan baiknya sehingga habis semuanya lalu ia mengambil dosa mangsanya sehingga ia dilontar ke neraka. (riwayat Muslim)
Mutakhir ramai yang didapati meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pegawai-pegawai atasan atau majikan melalui saluran Internet seperti facebook, twitter, blog dan laman sosial yang lain. Perlakuan ini jelas bercanggah dengan etika dan akhlak sebagai anggota organisasi.
Ia akan menyebabkan imej syarikat atau organisasi buruk pada pandangan masyarakat luar. Maka reputasi baik syarikat akan terjejas dan sekali gus memberi kesan negatif terhadap pembangunan dan pertumbuhan syarikat.
Sepatutnya, para pekerja yang tidak berpuas hati terlebih dahulu berbincang dan mengadakan pertemuan dua hala dengan pihak majikan.
Berikan ruang kepada pihak majikan memberi penjelasan berhubung isu yang ditimbulkan.
Jangan terlalu mengikut emosi sehingga membataskan akal yang waras untuk berfikir dan mencari penyelesaian dengan penuh bijaksana. Mungkin ada perkara-perkara sulit yang perlu dipertimbangkan oleh pihak majikan dalam membuat keputusan tersebut.
Di sinilah perlunya semangat saling-mempercayai antara satu sama lain. Tanpa kepercayaan antara satu sama lain, bagaimana sebuah organisasi yang kukuh dan utuh dapat dibina. Lebih-lebih lagi ketika cabaran dan ujian dalam melaksanakan tugas tersebut terlalu berat.
Tentunya memerlukan sebuah pasukan yang mantap dan mempunyai wehdatul fikr (kesatuan pemikiran), wehdatul ‘amal (kesatuan kerja) dan wehdatul qalb (kesatuan hati).
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (as-Saff: 3)
Seorang pekerja yang mementingkan semangat setiakawan dalam berorganisasi tidak boleh terlalu berkira dalam bekerja. Kadang-kadang dia perlu melakukan kerja lain untuk menggantikan rakan sekerja yang mungkin bermasalah. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah ialah apabila telefon di meja rakan sekerja berdering, dan dia tiada di tempatnya ketika itu, maka perlulah rakan sekerja yang lain tolong menjawabnya atas dasar tanggungjawab bersama.
Namun, ada yang tergamak membiarkan sahaja telefon tersebut berdering tanpa rasa bersalah. Dia seolah-olah tidak menyedari bahawa individu yang membuat panggilan telefon itu mungkin sedang mempunyai hajat yang sangat penting.
Sifat keakuan dan pentingkan diri juga menghalang budaya tolong-menolong dan bantu-membantu sesama rakan sekerja. Akhirnya ia menimbulkan sikap benci-membenci dan iri hati di antara satu sama lain.
Apabila rakan sekerja mengalami kesulitan, dia akan merasa gembira dan seronok.
Baginya, melihat rakan-rakan berada dalam kesusahan adalah merupakan kepuasan. Sedangkan Islam menyuruh umatnya untuk membantu rakan-rakan yang ditimpa musibah. Rasulullah bersabda: Barang siapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang siapa memudahkan orang yang dilanda kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan akhirat. (riwayat Muslim)
Cemerlang
Pekerja yang cemerlang juga sentiasa menjaga reputasi dan imej syarikat di mana sahaja dia berada.
Ini termasuklah cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelanggan. Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik dengan penuh mesra kepada pelanggan mestilah diutamakan. Tetapi, jangan sampai melebihi batasan yang dibenarkan oleh Islam.
Para pekerja juga tidak boleh mendedahkan rahsia syarikat termasuk kepada kaum keluarga sendiri. Sebabnya, pihak yang mengetahui maklumat rahsia berkenaan mungkin akan menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.
Fenomena ini akan menjadi risiko kepada syarikat untuk bersaing dalam pasaran apabila pihak pesaing menggunakan maklumat tersebut untuk menyerang dan menjatuhkan syarikat.
Para pekerja juga tidak boleh menggunakan peralatan pejabat untuk tujuan peribadi. Terdapat pekerja yang menggunakan telefon di pejabat untuk menelefon isteri dan anak-anak di rumah.
Tidak kurang juga mereka yang menggunakan fotostat pejabat untuk menyalin dokumen peribadi. Ada yang pulang ke rumah dengan membawa barangan pejabat untuk diberi kepada anak-anaknya.
Ada juga yang menggunakan peralatan pejabat untuk mencari pendapatan sampingan. Lalu digunakan masa yang ada untuk tujuan lain, bukannya untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan majikan, khususnya ketika pegawai atasan tiada di tempat kerja.
Kesannya, kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan tertangguh dan menyusahkan rakan sekerja yang lain.
Kesimpulannya, pendapatan yang mempunyai keberkatan adalah bukan sahaja dari kerja yang halal, tetapi mesti juga digabungkan dengan akhlak dan etika sebagaimana yang digagaskan oleh al-Quran dan sunnah.
Inilah tujuan utama pengutusan Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya sebagaimana dinyatakan sendiri oleh baginda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (riwayat Bukhari).
Subscribe to:
Posts (Atom)