Showing posts with label Fiqh. Show all posts
Showing posts with label Fiqh. Show all posts
25 February 2015
Fiqh Siyasah Fi Sirah Nabawiyah
Ustaz Abdullah Hussin
| 21 Februari 2015 |
1. Rasulullah amat menekankan kefahaman politik kepada umat yang dipimpin baginda.
"Adalah kaum bani Israel itu, pemimpin politik mereka adalah nabi-nabi, setelah wafat nabi-nabi itu maka akan digantikan dgn nabi-nabi yg lain. Maka tiadalah nabi setelah aku." ~Al-Hadith~
2. "Allah membentangkan kepadaku seluruh muka bumi dan aku melihat bahagian barat dan timur padaku. Dan aku melihat umatku akan menguasai sudut-sudut yang dibentangkan kepada aku itu." ~Al-Hadith~
3. Ketika awal permulaan Islam, keluarga Yaasir diseksa oleh Musyrik Mekah. Nabi bersabda kepada mereka "sabbron 'ala Yaasir." Summayah dan Yaasir telah menang walaupun Islam belum lagi mendapat sebuah negara. Itulah kemenangan yang Nabi nyatakan kepada mereka walaupun mereka tidak melihat tertegaknya kemenangan Islam di atas tanah sebuah negara.
4. Hijrah ke Thaif. Bukankah Allah mengetahui apa yang berlaku? Tetapi dibiarkan nabi ke sana supaya itu akan menjadi iktibar kepada umat akhir zaman ini. Supaya mencari apa sekalipun ikhtiar yang boleh memenangkan Islam.
5. Suraqah ibnu Malik. Nabi menjanjikan gelang Raja Parsi kepada beliau. Belum hijrah lagi, belum lagi Nabi mendapat negara dan kepimpinan, tetapi nabi telah membayangkan tentang kemenangan Islam. Disana kita diajar untuk yakin sepenuhnya kepada kemenangan yang dijanjikan.
Wallahu'alam.
Dicatat oleh : Wan Muhammad Mizan bin Wan Abdul Latiff
21 February 2015
KITAB BERSUCI - Jenis -Jenis air Dan Pembahagian-Pembahagiaannya.
Bab : Jenis -Jenis air Dan Pembahagian-Pembahagiaannya.
Air-air yang boleh bersuci dengannya ada tujuh jenis air :
- Air langit (hujan).
- Air laut.
- Air sungai.
- Air telaga.
- Air mata air
- Air salji
- Air embun
- Suci lagi menyucikan tidak makruh, iaitu air mutlak.
- Suci lagi menyucikan tetapi makruh, iaitu air (di dalam bekas yang boleh berkarat) yang terkena pancaran matahari.
- suci tetapi tidak menyucikan iaitu :
- Air yang sudah digunakan.
- Air yang berubah kerana bercampur dengan benda-benda yang bersih. - Air najis iaitu air yang yang kurang dari dua kolah atau dua kolah tetapi berubah (apabila bercampur dengan najis)
Subscribe to:
Posts (Atom)