| Perkara | Keterangan | ||
| TAUHID RUBUBIYAH | Keyakinan bahawa Allah SWT sebagai PENCIPTA, PEMILIK dan PENTADBIR seuruh alam ini. MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA tanpa ada satu kuasapun yang dapat menandinginya | ||
| TAUHID ULUHIYYAH | Keyakinan bahawa hanya ALLAH YANG MAHA ESA, yang hanya layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Hanya ALLAH tempat memohon pertolongan, doa dan bertawakkal. |
| TAUHID ASMA' WA SIFAT | Keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang Indah dan Mulia (99 nama Allah@ Al-Asma Ul-Husna) dan mempunyai sifat-sifat yang sempurna (20 sifat wajib, 20 sifat Mustahil dan 1 sifat Harus). | ||
| AN-NUBUWAH | Perutusan para nabi dan rasul yang membawa risalah Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. | ||
| AS-SAM'IYYAT | Perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia dan hanya diketahui melalui al-Quran dan Hadis spt dosa pahala, syurga neraka, azab kubur dsb |
PERKARA-PERKARA LUAR BIASA
| Perkara | Keterangan | Contoh | |||
| MUKJIZAT | Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebanaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka | Tongkat nabi Musa AS bertukar menjadi ular | |||
| KARAMAH | Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT | Maryam dianugerahkan Allah SWT hidangan dai langit. | |||
| MA'UNAH | Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa perlu mempelajarinya | Terlibat dalam kemalangan yang dahsyat, tetapi dirinya terselamat. | |||
| SIHIR | Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa dengan bantuan kuasa jahat seperti jin dan syaitan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Ia juga dikenali sebagai ILMU HITAM | Seorang yang kebal @ tidak lut senjata | |||
| IRHAS | Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah sebagai rasul | seperti awan yang melindungi Rasulullah SAW | |||
| ISTIDRAJ | Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat dan derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi. | Firaun yang mengaku Tuhan, lalu Allah telah sihatkannya sepanjang hayat - tidak pernah sakit | |||
PERBEZAAN DI ANTARA NABI DAN RASUL
| NABI | RASUL | |||
| Diberikan wahyu untuk dirinya | Diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada kaumnya | |||
| Bilangannya terlalu ramai (ada pendapat yang mengatakan seramai 124,000 orang) | Bilangannya 313 orang | |||
| Seorang nabi tidak semestinya seorang rasul | Seorang rasul adalah seorang nabi | |||
| Tiada kitab diturunkan kepadanya | Menerima kitab @ suhuf untuk disampaikan kepada kaumnya | |||
| Tidak wajib mengetahui nama dan bilangannya | Wajib mengetahui nama dan bilangan 25 orang rasul |
No comments:
Post a Comment