Showing posts with label Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Show all posts

25 October 2011

Ciri-ciri ajaran Islam - Murunah (Fleksibel)

MURUNAH - Fleksibel


Murunah ialah anjal atau fleksibel iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap kepada prinsip asasnya.  Dengan kata lain, hukum boleh berubah berdasarkan situasi semasa. Namun, hukum yang boleh berubah, HANYALAH yang melibatkan perkara cabang atau furuk sahaja sebagai IHSAN atau  KELONGGARAN syarak berdasarkan situasi tempat dan keadaan.
Sebagai contoh, Islam telah mewajibkan solat fardhu Zohor sebanyak 4 rakaat dalam waktu Zohor. Prinsip asasnya, iaitu Wajib Solat Zohor, tidak berubah walau dalam apa keadaan sekalipun sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. 

Namun, cabang atau furuknya boleh berubah kerana desakan tempat @ keadaan. Islam telah memberi KELONGGARAN atau RUKHSAH dengan  membenarkan solat Zohor itu dipendekkan kepada 2 rakaat (Qasar) atau dihimpunkan dengan solat Asar dalam waktu Asar (Jamak Ta’khir) kerana dalam musafir atau keadaan yang dibenarkan oleh Syarak. 

Begitu juga dalam ibadah Puasa. Allah telah mewajibkan Puasa bulan Ramdhan sebagai salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Prinsip asasnya adalah WAJIB kepada setiap umat Islam. Tetapi Allah telah memberi KELONGGARAN kepada orang yang sakit atau dalam perjalanan berbuka puasa kerana keadaan yang dihadapinya, TETAPI WAJIB DIGANTI apabila dia telah sihat atau kembali daripada musafir. Begitulah juga bagi wanita yang datang haid dan mengandung, disyaratkan untuk diganti semula apabila dia telah suci dan sihat. 

Ini menununjukkan bahawa Islam tidak membebankan kepada umatnya dengan amalan yang sukar dan berat dilaksanakan pada sesuatu ketika dan tempat.

Seterusnya, Allah telah meWAJIBkan umat Islam untuk menutup aurat masing-masing. Allah telah memberi KELONGGARAN kepada semua umat Islam untuk mempelbagaikan fesyen pakaian masing-masing asalkan tidak memdedahkan aurat dan melanggar batas-batas pakaian yang dibenarkan oleh syarak.

Walaupun Rasulullah SAW telah lama meninggalkan kita, tiada wahyu diturunkan selepas itu, Tiada lagi hadis diriwayatkan.... Namun Islam tetap sesuai sepanjang masa dan tempat. Prinsip Islam adalah mudah dan tepat, walau apapun isunya, walaupun ia adalah perkara baru, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip asas ajaran islam, maka ia boleh diterima dan digunapakai. Islam telah mewariskan para ulama' sebagai penganti nabi dalam menentukan halal haram sesuatu perkara berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dan beberapa dalil lain yang tidak disepakati spt al-Istihsan, Masalihul Mursalah, Al-Istishab, Saddu al-Zarai’, Qaul Sahabi, ‘Amal Ahli Madinah, Syar’u Man Qablana dan Al-‘Uruf Wa al-‘Adah. Melalui Ijtihad dan Fatwa para ulama' inilah  yang akan menyumbang kepada fleksibelnya agama Islam.

Sesungguhnya sifat Murunah yang menjadi asas ajaran Islam ini, menyebabkan Islam sesuai sepanjang tempat, masa dan zaman. Sesuai di zaman Rasulullah SAW, sesuai di zaman nabi Adam, sesuai di era zaman batu, sesuai di zaman era penjajahan barat, sesuai di era mesin taip, sesuai era internet  dan sesuai hingga hari qiamat. Begitulah juga, Islam sesuai di Amerika, Afrika, sesuai di Asia, sesuai di tempat salji dan berilklim sejuk @ gurun yang panas dan sesuai seluruh dunia.

Ciri-ciri ajaran Islam - Syumul (Menyeluruh)

SYUMULIYYAH
 
Syumul bermaksud lengkap.  Ini bererti bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan dunia dan akhirat.
Islam meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap yang meliputi ;
Ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebuadayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya.
Firman Allah SWT ;


38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab

Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap. Maka, kita tidak perlu cari agama lain, kerana tiada agama yang selengkap Islam. Al-Quranlah selengkap-lengkap petunjuk atau manual cara hidup di dunia dan akhirat.
Sebagai perbandingan, katakan kita membeli sebuah kereta baru, tentulah kita  inginkan manual yang lengkap, meliputi semua aspek kereta tersebut seperti keselamatan, cara menggunakan kompenan, prosuder penyenggaraan dsb.   Kita akan patuh kepada semua prosuder, manual dan nasihat daripada syarikat yang membuat kereta tersebut atau sekurang-kurangnya mekanik yang amat arif tentang kereta keluaran syarikat tersebut. Kenapa perlu patuh ? Supaya kita dan kereta kita sentisa selamat sepanjang perjalanan dan yang paling penting sampai ke destinasi yang ditujui, bukannnya tersesat jalan.
Jadi, begitulah hidup kita ini…. Allah sebagai pencipta kita, maka sewajarnya kita patuh dan mengikut prosedur @ manual yang Allah sediakan iaitu al-Quran. Ikutilah al-Quran. Nescaya hidup kita akan bahagia , selamat di dunia dan akhirat serta tidak akan tersesat, insya Allah kita akan sampai ke destinasi kita, iaitu Surga, bukannya tersesat ke neraka.
Kembali kepada firman Allah SWT di atas, cuba renung kisah yang biasa kita dengar seperti di bawah ini ;
Pada satu malam, ketika memberi tazkirah sempena majlis kesyukuran pembukaan kedai makan seorang sahabatnya, seorang penceramah telah membaca ayat di atas, beliau seterusnya menjelaskan kandungan ayat tersebut dengan contoh-contoh yang mudah. Tiba-tiba, seorang pendengar menyampuk.
“Tuan, tadi tuan kata, semua perkara telah Allah nyatakan dalam al-Quran. Cuba tuan terangkan kepda saya,  berapa kepingkah roti canai yang dapat dibuat dengan 1 kg tepung gandum ? Nyatakan ayat berapa dan surah apa dalam al-Quran ? “
Pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu telah menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Orang  beranggapan bahawa soalan itu tentu amat sukar dijawab oleh penceramah tersebut dan bertujuan untuk memalukannnya.
Tapi, pencermah yang cerdik itu, dengan senyum dan tenang menjawab..
“Terima kasih kepada soalan yang cukup relevan dengan tajuk dan memang tip-top.  Lusa,  Insya Allah, semasa ceramah kat masjid kita, saya akan jawab”.
Apabila sampai malam yang dijanjikan. Alangkah terkejutnya, penceramah tersebut, ramainya ahli kariah yang datang.. berpusu-pusu… kalau dulu paling ramaipun dalam 20 je… ini dah berlipat kali ganda… kerana nak tahu jawapan bagi soalan sebelum ini….
Tibalah saat yang dinanti-nantikan, maka dengan tenang dan senyum beliau berkata…
“Ini jawapan yang saudara semua tunggu..” “1 kg tepung gandum boleh menghasilkan XX roti canai” “Cuba buka al-Quran, lihat ayat 43 surah an-Nahl”
Maka merekapun, masing-masing membuka al-Quran, lalu mereka baca ayat di bawah beserta dengan tafsirannya. 

4 
   43. Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.
“Jawapan tu betul” kata salah seorang daripada mereka.
“Tapi, ayat tersebut tak sebutpun pasal roti canai”  tambah seorang lagi dengan perasaan sedikit marah kerana dia rasa tertipu.
Lalu, penceramah itu menjelaskan,
“Memanglah ayat itu tidak secara terang-terang sebut roti canai, sebab diturunkan di Mekah/Madinah, dulu mana ada roti canai kat situ”
“Lagipun kalau sebut roti canai, makanan lain pula kena sebut, kalau begitu kena catat pula cara membuatnya dsb”
“Makanan lain pula kena sebut juga, kalau macam ni, ……” jawabnya dengan panjang lebar.
“Sebab itu, Allah nyatakan secara umum tetapi jelas. Ayat tersebut meminta kita bertanya kepada orang yang tahu mengenai perkara tersebut. Jadi, kelmarin, saya telah bertanya kepada Pak X yang menjual roti canai kat tepi jalan tu…. Itulah jawapan yang diberi oleh beliau. Maka, ayat ini amat tepat bagi menjawab soalan tersebut”
“Ooo begitu…Barulah kami faham !!!” jawab tok imam yang duduk bersimpul di sebelah penceramah, beliau sejak tadi hanya tunduk diam sahaja untuk menjaga hati penceramah. Maka situasipun menjadi tenang. 
Cerita di atas menjelaskan bahawa betapa lengkapnya al-Quran.

 
Apa kata Barat terhadap kesyumulan Islam sebagaimana yang telah ditulis oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Dr. Hoking, seorang Prof Falsafah di Harvard University ;
“Sesungguhnya dalam sistem Islam itu sendiri terdapat persiapan untuk tumbuh dari dalam. Saya amat berkeyakinan dan tidak salah jika saya katakan bahawa syariat Islam mencakupi semua prinsip untuk maju”
Dr. Izco Insapato ;

“Bahawa sesungguhnya syariat islmiyah dalam perbahasannya mengatasi undang-undang Eropah, bahkan syariat islmiyahlah yang mendatangkan kepada dunia perundangan yang paling lengkap dan tepat ”

KONSEP ASAS AQIDAH

 
  Perkara   Keterangan
       
  TAUHID
RUBUBIYAH
  Keyakinan bahawa Allah SWT sebagai PENCIPTA, PEMILIK dan  PENTADBIR seuruh alam ini. MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA tanpa ada satu kuasapun yang dapat menandinginya
       
 
TAUHID
ULUHIYYAH
  Keyakinan bahawa hanya ALLAH YANG MAHA ESA, yang hanya layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Hanya ALLAH tempat memohon pertolongan, doa dan bertawakkal.
       
  TAUHID
ASMA' WA SIFAT
  Keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang Indah dan Mulia (99 nama Allah@ Al-Asma Ul-Husna) dan mempunyai sifat-sifat yang sempurna (20 sifat wajib, 20 sifat Mustahil dan 1 sifat Harus).
       
  AN-NUBUWAH   Perutusan para nabi dan rasul yang membawa risalah Allah untuk disampaikan kepada umat manusia.
       
 
AS-SAM'IYYAT
 
  Perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia dan hanya diketahui melalui al-Quran dan Hadis spt dosa pahala, syurga neraka, azab kubur dsb

PERKARA-PERKARA LUAR BIASA
  Perkara   Keterangan   Contoh
           
  MUKJIZAT   Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebanaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka   Tongkat nabi Musa AS bertukar menjadi ular
           
  KARAMAH   Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi
darjatnya di sisi Allah SWT
  Maryam dianugerahkan Allah SWT hidangan dai langit.
           
  MA'UNAH   Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa perlu mempelajarinya   Terlibat dalam kemalangan yang dahsyat, tetapi dirinya terselamat.
           
  SIHIR   Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa dengan bantuan kuasa jahat seperti jin dan syaitan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Ia juga dikenali sebagai ILMU HITAM   Seorang yang kebal @ tidak lut senjata
           
  IRHAS   Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah sebagai rasul   seperti awan yang melindungi Rasulullah SAW
           
  ISTIDRAJ   Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat dan derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi.   Firaun yang mengaku Tuhan, lalu Allah telah sihatkannya sepanjang hayat - tidak pernah sakit
 
PERBEZAAN DI ANTARA NABI DAN RASUL
  NABI   RASUL  
         
  Diberikan wahyu untuk dirinya   Diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada kaumnya  
         
  Bilangannya terlalu ramai (ada pendapat yang mengatakan seramai 124,000 orang)   Bilangannya 313 orang  
         
  Seorang nabi tidak semestinya seorang rasul   Seorang rasul adalah seorang nabi  
         
  Tiada kitab diturunkan kepadanya   Menerima kitab @ suhuf untuk disampaikan kepada kaumnya  
         
  Tidak wajib mengetahui nama dan bilangannya   Wajib mengetahui nama dan bilangan 25 orang rasul