18 September 2011

Najib masih nak kelentong rakyat !


Di bawah ini ialah Petikan kata-kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang semalam ……“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,.. saya tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden”

Acah je tu,… hakikatnya sudah terbukti Najib yang sebenar ialah seorang yang  penakut!  Najib yang sebenar ialah pembohong. Contoh – Najib berjanji untuk membenarkan perhimpunan BERSIH di stadium, tapi tak ditunaikan, malahan cuba berdolak dalik. 

Kesanggupan Najib untuk berdebat dengan Anwar ini pun sebenarnya adalah pengakuan kosong. Ia hanya helah atau muslihat, agar tertonjollah keberaniannya di mata rakyat. Walhal dalam hati beliau,  sudah menjangka bahawa Anwar akan disumbat kedalam penjara, maka dengan sendiri akan tertutuplah soal debat itu..

Najib juga menegaskan,.. “ Inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain”   Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

Kenyataan di atas jelas memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan Najib. “Confirm” sikap hipokrit  memang sudah menjadi hak milik kekal pemimpin-pemimpin Umno.  Sedarlah Najib!
Telah begitu lama rakyat bersungut dan merintih!,.. Sudah begitu lama badan-badan NGO menjerit meminta kerajaan menghapuskan ISA !,.. 

Usahlah Najib cuba menafikan peranan penting yang dimainkan oleh pembangkang. Saban waktu mereka ini meraung agar akta zalim ini dikuburkan segera. Tidakkah keputusan yang kamu nak buat itu adalah impak dari tindakan-tindakan  mereka semua? Malu sangatkah Najib nak mengaku? Terhempapkah maruah Najib jika dia bercakap ilklas? Nampaknya Najib semakin bercelaru !!

Hari ini Najib senang-senang kata pemansuhan ISA itu semata-mata datangnya dari niat ikhlas kerajaan BN – tidak ada kena mengena dengan pihak lain.  Ish, ish! Ish…jelik dan lucu benar kita mendengarnya!  Kalau benar ikhlas, bebaskan segera mangsa yang masih ditahan! Hulurkan tangan dan ucapkan kata maaf kepada mangsa dan seluruh ahli keluarga mereka yang sekian lama anda zalimi !!

Sebagai rumusan, apa yang kita boleh kata tentang sikap Umno atau pemimpin Umno, cukup mudah !  Cerdik tak boleh diikut, bengap tak boleh diajar!. Kewarasan berfikir tak seberapa!, Sudahlah sombong dan keras hati,ditambah lagi dengan bebal. Mereka tak mahu cermin diri tetapi  perasan lebih.    Najib! kalau nak tunjuk lagak berani macam Ibrahim Al Kataki, silakan. Jangan heret rakyat undur kebelakang. Jangan cuba membelenggu pemikiran rakyat !!   

Oleh : rahimothman

AKN Ganti ISA. Berkuatkuasa Sertamerta

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh YAB Dato' Seri Najib Razak telah diganti dengan satu akta baru yang berkuasa sertamerta.


Akta baru itu dikenali sebagai AKN atau nama penuhnya, Akta Keselamatan Najib.


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu ghairah dengan pengumuman mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang baru bakal menyusul.

Ketua Pembangkang itu berkata, langkah Datuk Seri Najib Razak itu wajar dibimbangi kerana Perdana Menteri bakal menggantikan akta yang sama dengan nama berbeza.
“Langkah Najib membatalkan ISA, kita alu-alukan, cuma kita harus waspada sebab pembatalan itu berlapik kerana Najib akan perkenalkan dua undang-undang baru dan tidak diketahui secara terperinci.

“Menteri Dalam Negeri (KDN) mengatakan dia akan kaji undang-undang sedia ada yang ada dalam negara lain, maknanya mungkin perkenal beberapa cara tahanan tanpa bicara.
“Kalau ada undang-undang baru, mempertahankan prinsip yang sama, namanya mungkin lain tapi maksudnya ISA,” katanya pada sidang media di ibu pejabat hari ini.

Pada 15 September lalu, Najib yang terdesak untuk mengekalkan kuasa akibat tekanan pembangkan dan puak dalaman Umno membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA yang akan diganti dengan dua akta baru tetapi tidak memberi perincian.

Anwar berkata, dua akta baru itu tidak akan mengubah sistem autokrasi yang sedia ada, malah meneruskan amalan penindasan terhadap rakyat.
“Bahayanya kerana undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan ini hanya satu sudut sistem penindasan autokrasi ada.

“Kita minta batalkan ISA, timbulkan suasana yang lebih lunak menghormati prinsip demokrasi, maka ia harus ada ruang yang lebih terbuka,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Berkaitan isu sama, Anwar menyebut tanpa menghalang pihak lain menuntut ganti rugi, tidak akan menuntut pampasan walaupun dua kali tahan mengikut ISA. -KerajaanRakyat

Panas: Pendedahan CCTV Anwar Serta Eskay Oleh Papa Gomo, Ternyata Memang 'Banyak' Keraguan Dari 'Kebenaran Yang Di Cari Beliau' Sebenarnya !

Nampaknya, isu "video seks" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini nampak semakin panas apabila ada blogger pro kerajaan mendedahkan satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang kononnya kelibat Anwar bersama sahabat karibnya Datuk Eskay, ketika memasuki apartmen di Ampang lokasi kejadian seks yang dihebohkan sebelum ini. Malah adengan Anwar dan Eskay masuk dan keluar dari lif apartmen berkenaan telah diulang-ulang oleh TV3 berdasarkan kepada sumber dari blog Papa Gomo.

Ulangan itu bagi mengesahkan bahawa pelaku seks berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Maka terkejutlah seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Buletin Utama TV3 malam tadi. Ada yang percaya dan ada juga yang sangsi dengan pendedahan terbaru itu. Sekali imbas memang nampak jelas wajah dan susuk tubuh Anwar bersama Eskay. Malah, gambar CCTV berkenaan juga dalam keadaan berwarna yang memudahkan lagi untuk kita melihat raut wajah kedua-dua individu berkenaan.

Namun persoalannya, benarkah apa yang dilihat itu adalah Anwar dan benarkan adengan itu telah dirakamkan ketika hari kejadian seks yang dilaporkan oleh Datuk T sebelum ini. Semua ini mengundang seribu kemusykilan kerana banyak perkara sebenarnya. Masalahnya, kenapa dalam keadaan sekarang masih ada lagi cerita video seks Datuk T ini dimainkan. Bukankah ia sudah menjadi siasatan pihak polis?. Jika benar pun ada bukti kelibat kedua-dua individu terbabit seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo, kenapa video CCTV itu tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah?. Kenapa perlu didedahkan lagi kepada umum.

Bukankah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa Papa Gomo, berpakat dengan pihak tertentu dan dibayar untuk menghasil serta mendedahkan apa jua maklumat baru sama ada yang diperolehi secara sah atau direka bagi didedahkan kepada pihak media terutamanya TV3. Maknanya TV3 dengan mudah menyiarkan "berita sampah" itu, tanpa ada tapisan semata-mata mengikut arahan orang kuatnya yang khabarnya telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sejak awal tahun ini.
Inilah dia wajah si Papa Gomo yang diberi hak terbitkan video seks Anwar
Dan sekarang, mari kita lihat betapa Papa Gomo telah gagal menyiapkan skrip dan jalan cerita adengan ini dengan baik sebenarnya. Banyak kekeliruan dan penipuan yang telah dilakukan bagi membuktikan kononnya pelaku seks itu 100% adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami bukan mahu berpihak kepada sesiapan dalam hal ini. Namun, kebenaran perlulah ditegakkan demi Islam dan keadilan.

Tambahan pula sekarang umat Islam masih berada di bulan Syawal yang mulia ini. Makanya, amatlah tidak wajar Papa Gomo mendedahkan video ini dengan kerjasama TV3, sedangkan dia sendiri terkeliru dengan beberapa adengan yang jelas mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Sama ada beliau sedar atau tidak, hanya mereka yang celik mata dan hati sahaja dapat menilai kebenarannnya. Banyak kekeliruan daripada kebenaran yang dicari oleh Papa Gomo berlaku terhadap adengan yang dipaparkan. Antaranya ialah:-
Cuba lihat masa Anwar dan Eskay tiba pada lif iaitu 22:09:30 (kiri atas) dan 22:09:31 (kanan atas) ketika mereka berdua memasuki lif berkenaan. Kemudian cuba tengok ketika pintu lif itu ditutup tiba-tiba tertera masa 22:52:19 (anak panah kuning pintu lif tertutup). Kemudian cuba lihat masa seterusnya gambar yang terakhir (kanan bawah) ketika Anwar dan Eskay keluar dari lif masa yang tertera ialah 22:52.25.

Ini bermakna , Anwar dan Eskay dipercayai masuk lif dan naik ke atas sekitar 6 saat sahaja lamanya. Bagaimana ini boleh berlaku?. Ini kerana kaunter masa yang disediakan itu adalah diedit sedemikian rupa pada video berkenaan untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekarang cuba kita lihat pula masa ketika Anwar berada dalam bilik dengan bertuala (bawah kanan), masa yang ditunjukkan ialah 22:26:10 iaitu jarak masa yang terkurang daripada ketika mereka menaiki lif.

Maknanya masa sudah berundur ke belakang pula. Kesilapan ini walau pun kecil kata Papa Gomo, namun ia sungguh melucukan. Persoalannya juga, jika ada CCTV menunjukkan Anwar dan Eskay masuk lif dan keluar lif maka sepatutnya mestilah ada juga CCTV "pelacur Cina" yang dikatakan itu masuk serta keluar lif?. Kenapa Papa Gomo tidak menayangkan CCTV wanita tersebut jika benar beliau berada bersama Anwar semasa kejadian.
Satu persoalan penting yang perlu dijawab juga ialah berkenaan dengan pakaian Eskay itu sendiri. Cuba lihat ketika dia mula-mula masuk ke dalam lif dimana beliau berbaju gelap, tidak bertalipinggang dan baju tanpa kolar (T-Shirt ala baju yang sering dipakai oleh lelaki India).

Namun, anehnya keetika tiba di dalam bilik berkenaan baju Eskay telah bertukar menjadi putih berkolar dan kelihatan dia bertalipinggang dengan baju masuk ke dalam. Begitu juga dengan rambut Anwar ketika mula-mula masuk ke lif yang jauh berbeza dengan rambut bergunting ala askar ketika berada di dalam bilik tersebut. Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan apakah benar video yang dipaparkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[Dengan beberapa penjelasan ini, diharap ianya dapat meredakan sedikit kekeliruan akibat pendedahan yang dibuat oleh Buletin Utama TV3 malam tadi. Laporan yang hanya dibuat berdasarkan kepada rujukan blog Papa Gomo itu adalah satu tindakan biadap terhadap media arus perdana seperti TV3 sebenarnya. Mereka langsung tiada etika dalam penyiaran dan sewenangnya melakukan tindakan atas arahan pihak tertentu dalam usahan menjatuhkan musuh politik pemimpin negara. 

Lantaran itulah kita tidak hairan bloh Papa Gomo dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh TV3 dalam keadaan ia jelas menimbulkan keraguan. Tindakan TV3 juag mencerminkan bahawa media itu kini 100% dikuasai oleh kerajaan UMNO BN, selain RTM. Sepatutnya mereka perlu ada panel penilai untuk melihat kualiti dan kesahihan berita yang mahu dipaparkan. 

Jika itulah caranya, maka tidak hairan selepas ini lebih banyak ceramah pembangkang akan dipantau oleh TV3. Malah, banyak lagi kes-kes kecil akan diperbesarkan bagi menjatuhkan imej para pemimpin tertentu di dalam Pakatan Rakyat]. -PahangDaily

Najib Akui Kena Kencing Dengan Pemimpin UMNO Selangor

Najib Tegur Sikap Beri 'Laporan Tipu' Dalam BN

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.

Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.

"Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan).

"Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu.

Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini.

"Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita...ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya.

Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil.

Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti.

"Kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas...jangan. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu.

"Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat.

"Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi...tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya. -mstar



'Syok sendiri' antara punca BN tewas di S'gor


Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menempelak pemimpin tertentu dalam parti itu yang masih menjalankan program "syok sendiri" dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat akar umbi.


Katanya, anggota parti itu sepatutnya sedar bahawa tindakan seperti itulah yang menyebabkan BN kehilangan Selangor dalam pilihan raya 2008.


Tambahnya, pemimpin berkenaan hanya "menipu diri sendiri" sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.


Walhal ia hanya dihadiri oleh 300 orang di kalangan mereka sendiri, katanya ketika bercakap kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir dalam konvensyen BN Selangor di Shah Alam hari ini.


"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu?


"Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah.


Beliau turut menyebut mengenai satu program "Sirih Pulang Ke Gagang" yang akan dihadirinya selepas itu di kampus Universiti Teknologi Mara.


"Saya dengar banyak ribu nak masuk balik. Kalau betul, we are on the upward swing," katanya lagi.


Tambahnya, pemimpin akar umbi perlu memberi bacaan politik yang tepat ke atas kawasan masing-masing.


"Jangan tipu pemimpin di atas. Kalau (kawasan) hitam, jangan kata putih. Mesti beritahu betul-betul.


"Laporan macam dulu tak boleh pakai lagi. Mesti dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur.


"Bukan nak sedapkan kita saja. Kita rasa kita cukup kuat. Tapi kalau laporan kita betul, kita tak akan kalah di Selangor, kita boleh buat tindakan pemulihan," katanya lagi.


Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada jentera parti itu supaya menjalankan kerja berterusan.


"Jangan harap pada kerajaan, pada (Jabatan) Penerangan, pada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), pada KEMAS sahaja," katanya.


Dengan nada yang serius, Najib turut menggesa pemimpin berkenaan menumpukan usaha untuk meraih sokongan daripada golongan muda.


"Pada orang muda, kita mesti dilihat parti yang cool... Dia kena panggil 'bro' (saudara).


"Kita mesti ada pendekatan yang cool supaya kumpulan 'bro-bro' ini sokong kita," katanya lagi.


Najib turut mengulangi gesaannya supaya pemimpin di negeri itu insaf dengan kedudukan BN sebagai pembangkang di Selangor pada waktu ini.


"Kalau nak tubuh kerajaan, kita hendak semua ahli kita sokong BN. Tapi ada yang kita semak, yang khianati kita ni ahli kita sendiri," katanya.


Turut hadir di program itu ialah timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen lain termasuk Datuk Seri G Palanivel, M Kayveas dan Kohilan Pillay. -M'kini

Rakyat mahu dengar Sultan Selangor bagi kuliah

KALAU orang alian semua tak betul apa kata kita sebagai rakyat Selangor yang dahagakan ilmu di masjid dan surau, kita mahu Sultan Selangor sendiri bagi kuliah. Amacam setuju tak?

Ini bukan pendapat saya tetapi sahabat kita Muhammad Rafaei…. Rasa macam kenal kawan saya nama Rafaei juga tetapi Ahmad Rafaei.

Kata beliau teringin nak tgk SULTAN SELANGOR sendiri bg ceramah, kuliah atau mengajar agama sbb sultan adalah ketua agama islam.pemimpin islam..betul tak?

apa slhnya org politik bg ceramah? kbyknya org2 politik dr PAS ramai yg berkelulusan agama..mcm ni..minta paderi atau rusmah jelah yg bg ceramah kalau org politik berpendidikan agama dihalang..tindakan ini sgt mengecewakan..

Beliau mengulas laporan Malaysiakini Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS.

Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.

Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".

"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.

Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.

"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.

Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.

Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.

"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.

"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.

Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Mengapa Nak Ucap Terima Kasih Pada Penyamun..?? - Aziz Bari

Pemimpin politik dan wakil masyarakat tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Najib atas keputusan kerajaan pusat mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang berkaitan kerana pihak berkuasa yang merampas hak rakyat selama ini, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari (gambar).

Dengan merujuk kepada pendirian bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa pihak lain, Aziz berkata, adakah rakyat perlu mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang melarikan barang milik seseorang.

Oleh itu tegas beliau, sudah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan pusat untuk mengembalikan hak-hak rakyat yang dirampas selama lebih lima dekad yang lalu.
“Dia (Asri) tak faham isu sebenar. Hak yang dinafi selama ini ialah hak yang Allah berikan dan diambil secara tidak sah oleh kerajaan. Termasuk melalui ISA sejak 1960.

“Jadi, perlukah kita ucap terima kasih kepada pencuri? Dalam Islam kerajaan adalah pemegang amanah, menjaga rakyat. Bukan bertindak sesuka hati,” kata ahli akademik ini.
Aziz juga menambah, ISA pernah digunakan ke atas pelbagai pihak termasuk pejuang-pejuang Islam yang difitnah macam-macam.

“Mungkin Asri lupa atau tak tahu hal itu. Dia mungkin tahu agama tapi tak mahir dan tak mengikuti perkembangan politik,” tambah Aziz.
Dalam reaksi ke atas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu, Asri berkata, pengumuman itu membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah.

Pemimpin bukan politik ini menambah, ISA adalah satu akta yang tidak islamik selain menjejaskan hak asasi individu dan boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah, dan oleh itu tindakan memansukhkannya adalah tindakan yang amat islamik.
“Dalam masa yang sama menunjukkan semangat penghormatan hak rakyat yang tinggi oleh pihak pimpinan Perdana Menteri sekarang dalam isu ini,” katanya lagi.

Kata beliau, sekian lama perjuangan agar akta itu dimansukhkan dan “hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan harapan dan impian rakyat ini.”
“Itu satu penunaian hasrat rakyat yang besar untuk melihat sistem pengadilan negara yang lebih baik,” kata beliau.

Tambah beliau, pengumuman malam tadi juga lebih berharga dari segala pemberian bonus dan kenaikan gaji kerana pemansuhan ini bererti mengembalikan hak asasi insani yang lebih berharga dari wang ringgit.
“Ini bererti ia sebuah hadiah daripada Perdana Menteri yang bermakna sempena Hari Malaysia,” kata beliau lagi.

Malah katanya, pengumuman ini bererti usaha transformasi negara dan kesedaran kerajaan Perdana Menteri sekarang tentang perubahan situasi rakyat tidak boleh dianggap retorik politik semata, sebaliknya ia telah diterjemahkan dalam beberapa langkah yang berani dan bermakna.

“Rakyat yang insaf, tanpa mengira parti hendaklah berterima kasih kepada pengumuman ini. Kita hendaklah berpolitik secara matang, memuji apa yang patut dipuji, menyokong apa yang patut disokong, membantah apa yang patut dibantah, mengkritik apa yang patut dikritik,” kata beliau.

Justeru tambah Aziz, beliau bersetuju dengan pendirian Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menuntut kerajaan membayar ganti rugi kepada tahanan ISA ataupun kepada anggota keluarga masing-masing.
“Sebetulnya mahkamah melalui Hakim Datuk Hishammudin Yunus dah kata OK, (dalam kes Malek Hussin yang dapat gantirugi kerana ditahan ketika reformasi) tapi sayangnya kes ini telah dibatalkan oleh mahkamah rayuan,” kata beliau lagi.

Parti Makkal Sakti ingin menyertai Pakatan Rakyat.


A.Vathemurthy, Pemangku Presiden Parti Makkal Sakti menyerahkan surat permohonan kepada YAB Tuan Guru mewakili ahli-ahli partinya untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat. Pertemuan berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebentar tadi. Sumber FB Tok Guru Nik Aziz

13 December 2010

Tuntutan hijrah

Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’

Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’.
Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.

Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk
syumul-peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Hijrah membawa misi dan visi yang sangat hebat

Sikap umat Islam mesti positif dan pro-aktif. Ia ditunjuk oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui
Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.

Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya.

Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, merupakan suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan dari Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masa depan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.

Kita hanya tahu menyebut perkataan hijrah, tetapi tahukah kita dari mana,bagaimana perkiraan hijrah itu bermula dan diambil?


Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, perpindahan dari Makkah ke Madinah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.


Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara.

Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.

Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya. Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.

‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul...’

02 December 2010

Kekuatan Manusia Pada Al-Quran

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran. Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.


Apakah semua ini kebetulan?


Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.

Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.
Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?


Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya. Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.

Allah berfirman,

"Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu  (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan
kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang."

 (An-Nisaa, 174)
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya,
 "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab,
" Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."

Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda,
" Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal).  Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan).
Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."


Abdullah bin Masud berkata,
" Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa),
tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati seseorang."

Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan. Al Quran merupaka penghubungnya.Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin. Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.

28 October 2010

Mencari Korban Yang Diterima Allah s.w.t



Korban Yang Diterima Allah swt

Umat Islam lazimnya menyambut Hari Raya Korban. Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW.

Kita gembira melihat ramai kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak mereka. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah SWT dan jangan sekali-kali ia dilakukan supaya lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih dari itu berkorban itu biarlah benar-benar sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyebelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).

Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban) dan pada hari Kiamat kelak, korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang berkorban akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis mengungkapkan, orang- orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak antara dia dengan Allah. Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Salah satu caranya dengan berkorban. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami (Hadis Ibnu Majah dengan sanad sahih).

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" ujar sahabat.

"Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim," jawab Rasulullah.

"Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" tanya sahabat lagi.

"Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)," jawab Rasulullah.

Penyembelihan

Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu dalam firmannya yang bermaksud: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan atas Ismail a.s. (surah as-Shaffat ayat 107).

Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Menurut Imam As-Syafiie, hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan umat Islam yang berada di kampung halaman sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama menyatakan ia wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu)dan berkorbanlah.

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu." (Haabil) menjawab: "Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang- orang yang bertakwa."

Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.

Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.

Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhan) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah SWT setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan, menjauhkan diri daripada Allah serta mengerjakan larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Korban


Berpandukan kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan, keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan 'darah' atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan.

Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan sama ada sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu (surah Al-Hajj ayat 37)

Bila pengorbanan binatang ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai Allah.

18 August 2010

Sambutan sebilangan remaja pada Bulan Ramadhan ( sambungan )

sambungan perbualan mereka
Ini la hakikat remaja zaman sekarang yang mungkin kita lepas pandang..mungkin kita terlalu asyik dengan "golongan2" kita hingga lupa pada mereka yang masih pincang aqidah....ni belum ditambah dengan gerakan kristianisasi yang tergolong dari mubaligh melayu ( sinonim melayu=islam ; pada asalnya ), berapa ramai lagi Islam cuma dalam IC je.....

Tujuan bukan untuk memalukan sape2 tapi supaya kita yang berada dalam zon 'selesa' ni sedar yang kita cuma dalam khayalan..sedangkan kat luar tu, ramai yang memerlukan kita bekerja keras dalm sampaikan dakwah....

Remaja hari ni menggambarkan keadaan akan datang...dan ini sungguh mengerikan...sesekali fikir...mcm ne anak2 kita nanti ye?????
  
sekadar lontaran.....

Sambutan sebilangan remaja pada Bulan Ramadhan


10 August 2010

Kembara Rohani Untuk Kembali Kepada Fitrah

Allah tidak menilai rupa lahir kita tapi Allah menilai hati kita. Justeru dalam melakukan amalan dan ibadah sepanjang Ramadan, tumpuan penilaian Allah adalah kualiti hati kita. Walaupun orang melihat kita meninggalkan makan dan minum di siang hari, sama-sama solat tarawih, sama-sama bertadarus Quran, sahur dan berbuka, tetapi tidak ada siapa yang tahu dan nampak pekerjaan hati kita kecuali Allah. Sedangkan gerak-geri, bolak-balik dan perjalanan hati inilah nilai sebenar amal ibadah kita di sisi Allah.
Puasa sebulan Ramadan yang Allah wajibkan ke atas kita adalah latihan jiwa untuk menjadikan kita orang bertakwa. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya:“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Sama ada amal ibadah kita sepanjang Ramadan, terutama puasa itu sendiri, membuahkan takwa atau tidak, ia bergantung pada apa yang ada di dalam hati kita. Nilai takwa yang sebenar letaknya di hati. Kerana hati merupakan hakikat sebenar diri kita. Ketika kita menahan keinginan pada makan minum dan segala perkara harus yang dilarang sewaktu berpuasa, kita juga perlu menahan keinginan pada segala perkara yang haram.

Soalnya, adakah hati benar-benar dapat menghayati tuntutan tersirat dari perintah ‘menahan diri’ yang bermula dari menahan keinginan pada makan minum dan lain-lain yang membatalkan puasa itu? Kalaupun kita boleh menahan lapar dan dahaga untuk menjaga agar puasa kita jangan batal, adakah kita dapat menahan keinginan dari bercakap yang haram, melihat yang haram, mendengar yang haram serta melakukan segala perbuatan yang haram. Baik yang melibatkan dosa kecil atau besar. Sedangkan semua keinginan itu datang dari hati – sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Lebih-lebih lagi kalau kita masih rasa payah dan masih di peringkat memaksa-maksa diri untuk menahan lapar dan dahaga, tentu jauh lebih payah untuk menahan diri dari keinginan-keinginan yang diharamkan yang melibatkan anggota lahir tangan, kaki, mata, mulut, telinga dan kemaluan itu.

Dalam kepayahan untuk patuh kepada perintah Allah ini, hati akan bergolak, bermain-main dan bergelut dengan nafsu yang memang sentiasa mengajak untuk memenuhi semua keinginan pada yang haram itu. Dengan kata lain, hati akan bertarik tali dengan nafsu yang meronta-ronta untuk lepas dari ‘kongkongan’ syariat dan desakan fitrah. Apa yang Allah larang, itulah yang nafsu suruh buat. Apa yang Allah suruh pula, itulah yang nafsu halang.

Sesetengah orang dipermudah kembara rohaninya untuk melawan keinginan jahat nafsu hingga hatinya benar-benar menjadi raja dalam diri dan dapat menguasai nafsu. Manakala sesetengah orang rasa amat susah bergelut dengan nafsu sendiri hingga hati yang sepatutnya jadi raja itu mudah tunduk kepada nafsu. Payah atau mudah, hati mesti dijaga dan ditatang bagaikan minyak yang penuh untuk dikembalikan kepada fitrahnya yang bersih.

Kalau kita bersungguh-sungguh dan mengikhlaskan hati, insya-Allah di hujung perjuangan untuk mengembalikan hati kepada fitrah ini ada kemanisannya dan ada bantuan Allah.

Allah berfirman: “Siapa yang bermujahadah di jalan Kami, Kami tunjukkan jalan Kami.” (Al-Ankabut: 69)

Andainya kita rasa sangat payah untuk membersihkan hati dan menundukkan nafsu pada bulan-bulan yang lain, Ramadan datang membawa sinar harapan. Dengan limpahan rahmat Allah yang turun bersama kedatangan Ramadan itu, mudah-mudahan Allah permudahkan kita membersihkan hati dari sifat-sifat keji (mazmumah) dan tompok-tompok dosa.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. mengumpamakan solat lima waktu sehari semalam ibarat membersihkan badan lima kali dalam sehari. Sebab itu solat yang didirikan dengan khusyuk dan tawaduk, mampu menghindarkan orang Mukmin dari perbuatan keji dan mungkar. Mudah-mudahan puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadan dapat membantu kita membersih dan menyucikan hati, seterusnya mencapai pangkat takwa.

Antara ciri takwa ialah sangat berhati-hati. Semua perintah Allah yang wajib dibuat dengan begitu berhati-hati tanpa banyak soal, manakala yang sunat cuba dilaksanakan sungguh-sungguh mengikut kemampuan. Perintah yang haram pula dijauhi betul-betul dan yang makruh cuba dihindari sedaya mungkin.

Orang bertakwa sangat berhati-hati menjaga dirinya dari melakukan perkara yang samar-samar (syubhat) kerana takut terlibat dengan yang haram. Paling sukar dalam kembara rohani ini adalah untuk menundukkan ego di dalam hati. Menundukkan ego ini adalah kerja hati. Ego bukan hendak dibuang atau dikikis terus tetapi hendak dikawal dan ditundukkan agar tidak merangsang tindak-tanduk negatif. Ego yang tidak dikawal menyebabkan hati mudah dikuasai perasaan marah-marah, benci, dendam, hasad dengki dan buruk sangka.

Perasaan-perasaan negatif ini bila memuncak, boleh mendorong sikap bermusuhan, kata-mengata, tidak mahu mengalah dan tidak mahu mengaku salah, pentingkan diri dan lain-lain lagi. Puasa tapi mudah marah-marah dan suka mengata, hulur sedekah tapi mengungkit-ungkit, solat tapi nafsi-nafsi, baca Quran tapi hanya untuk menunjuk-nunjuk… semua ini berpunca dari ego di dalam hati yang sukar ditundukkan.

Kalau kita tidak mengambil peluang dari kelebihan dan kebesaran Ramadan ini untuk membersih dan menggilap hati, kita bimbang segala amalan kita sepanjang bulan mulia ini menjadi kecil nilainya di sisi Allah. Ini disebabkan kita melaksanakan amalan dan ibadah-ibadah itu tanpa membawa hati yang penuh rasa kehambaan, merendah diri, bersangka baik, kasih pada orang lain, syukur dan redha. Lalu tidak ada kesabaran bila berdepan dengan ujian dan dugaan. Tidak ada kesabaran untuk terus dalam ketaatan dan terus-menerus meninggalkan perkara buruk dan dosa.

Justeru puasa dan ibadah-ibadah lain yang dikerjakan itu tidak memberi kesan positif pada akhlak dan peribadi. Kalau haji yang mabrur membuahkan takwa dan akhlak yang terpuji, demikian juga puasa yang benar-benar diterima Allah.

Hati akan rasa lebih tenang, suka kepada kebaikan, lebih sabar, lebih syukur, lebih merendah diri dan penuh dorongan-dorongan sifat terpuji yang lain. Walaupun syaitan tidak lagi mengganggu kerana telah dirantai sejak awal Ramadan, tetapi nafsu terus meronta-ronta minta dipenuhi keinginan-keinginannya. Satu-satunya cara untuk menambat nafsu ini adalah dengan menundukkan keinginannya melalui latihan jiwa dan pergelutan dalam diri (mujahadah).

Ini merupakan kerja hati dan harus berjalan seiring dengan amalan-amalan lahir seperti puasa, solat, baca Quran dan lain-lain. Jangan biarkan anggota lahir kita melakukan amal ibadah tanpa membawa sama hati yang dekat dengan Allah dan penuh rasa kehambaan.

Kemenangan yang akan dicapai di hujung Ramadan nanti adalah kejayaan mengembalikan hati kepada fitrahnya yang bersih. Tetapi hanya bila nafsu dapat ditambat, barulah hati dapat dibersihkan dan dikembalikan kepada keadaan fitrah. Barulah mudah untuk melaksanakan semua perintah Allah dengan rela dan meninggalkan semua larangan-Nya tanpa memaksa-maksa diri.

Dengan itu barulah pangkat takwa dapat dicapai dengan mudah – dengan izin, petunjuk dan pertolongan dari-Nya. Susah payah kita menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari, Allah balas dengan hadiah kegembiraan waktu berbuka. Sudah tentu susah payah kita melawan keinginan nafsu pada perkara-perkara haram, akan diganjari dengan kegembiraan juga oleh Allah. Rasa tenang dan lazat yang dirasai oleh hati itulah ganjaran yang tidak dapat dinilai dengan wang.

27 July 2010

PUASA SUNAT (BULAN SYA'BAN)

Adakah disunatkan berpuasa penuh di bulan Sya’ban?

Ya. Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai).

‘Aisyah pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Menurut ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja.[1]

Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?

Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”
(Riwayat Imam an-Nasai. Hadis menurut Syeikh al-Albani adalah hasan)

Apakah kelebihan malam nisfu Sya’ban?

Sabda Nabi s.a.w.; “Pada malam nisfu Sya’ban Allah melihat kepada sekelian makhlukNya.
Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan
orang yang bermusuh dengan saudara seagama”
(HR Imam at-Thabrani dan Ibnu Hibban dari Mu’az bin Jabal r.a)

Nota kaki;

[1] Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 431.

26 July 2010

Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana


Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.


Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. "

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!… … … … .

14 July 2010

CARA BACAAN AL-FATIHAH

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

10 wasiat Hassan Al-Bana....:

-apabila dengar azan terus bangun dan solat
-bacalah al-quran , amalakan zikir , amalkan amalan yang baik dan janganlah buang masa
-berusahalah sedaya upaya untuk bercakap dalam bahasa arab dan kuasainya
-janganlah bertengkar kerana ia tidak membawa apa-apa
-jangan banyak ketawa
-jangan banyak bergurau
-jangan bercakap dengan nyaring ketika sedang bercakap dengan orang
-jauhilah daripada mengumpat orang lain
-berkenalanlah dengan sesama saudara islam
-gunakan masa dengan perkara yang berfaedah..

12 July 2010

Kemungkaran wajib kita takut.....

Kemungkaran dan maksiat wajib kita takut
Kita mesti cemburu selalu dengan kemungkaran dan maksiat itu
Justeru itulah jalan-jalan dan lorong-lorongnya kena kita tutup dab sekat
Menjaga penyakit lebih baik dari mengubat penyakit
Penyakit rohani lebih merbahaya dari penyakit jasmani
Penyakit jasmani penghapusan dosa
Penyakit rohani membawa ke Neraka
Awaslah dengan penyakit rohani
Kerosakannya merata, merbahayanya menjerumuskan orang ke Neraka
Ia merosakkan agama, bangsa dan negara
Jika dibiarkan gejala masyarakat bermaharajalela
Di waktu itu pembangunan akan sia-sia belaka
Kemajuan tidak mempunyai erti apa-apa
Kerana pembangunan insan jatuh tertiarap separas bumi
Insan lebih penting dari kemajuan dan pembangunan benda
Apabila insan telah rosak, kemajuan dan pembangunan akan menjadi alat perosak
Yang menggerakkan kamajuan dan pembangunan adalah insan
Jika insan telah rosak, pembangunan dan kemajuan akan disalahgunakan
Bangunkanlah insan sebelum membangunkan kemajuan dan pembangunan

10 July 2010

KOMEN PERIBADI TENTANG FATWA ESQ MUFTI WILAYAH

Beberapa hari kebelakangan ini penulis dihujani banyak pertanyaan berkenaan kedudukan fatwa pengharaman ESQ yang telah diwartakan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan (SSDMWP) pada 17 Jun 2010. Sebagai seorang yang pernah beberapa kali mengikuti kursus ESQ (sebelum ia dibawa ke JK Fatwa Kebangsaan dan mempunyai Panel Syariah sendiri), menonton video-video dan membaca buku-buku ESQ, penulis merasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh SSDMWP tersebut. Lebih-lebih lagi penulis teramat sedih apabila timbul fitnah-fitnah lain berikutan pewartaan fatwa berkenaan. Komentar penulis berkenaan isu ini adalah seperti berikut:-

Pertama: SSDMWP telah melaksanakan tugasnya di bawah kuasa yang telah diberikan oleh Yg Di Pertuan Agong (YDPA) kepadanya. Oleh itu, mempertikaikan mana-mana fatwa yang telah diwartakan bermakna mempertikaikan YDPA. Bagi penulis sekurang-kurangnya bagi mereka yang tidak bersetuju pun,janganlah sampai lupa bahawa setiap wilayah @ negeri di Malaysia ini ada pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesucian agama Islam. Logiknya, jika seorang ahli agama @ ustaz yang telahpun memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam sendiri pun perlu menghadiri temuduga utk memperoleh tauliah mengajar, apatah lagi 'orang luar' yang bukan dlm bidang agama ingin menyampaikan ajaran agama (walaupun berkonsepkan motivasi) di negara ini.

Kedua: Setakat pengetahuan penulis, tiada lagi fatwa yang dikeluarkan secara semberono oleh mana-mana institusi fatwa di Malaysia. Semuanya sudah tentu berasaskan satu kajian yang konkrit dan menyeluruh serta diputuskan melalui musyawarah oleh golongan yang berkeahlian. Hujjah-hujjah mengapa fatwa itu dikeluarkan jelas disebutkan di dalam kertas pewartaan. Sama ada ia dipersetujui atau tidak, itulah penemuan dan dapatan yang terhasil daripada kajian dan ijtihad yang dilakukan.

Ketiga: Fatwa pengharaman sesuatu perkara tidak semestinya merujuk kepada haramnya sesuatu perkara itu pada zatnya. Kadang-kadang ia lebih bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang mungkin akan membawa kerosakan pada masa-masa akan datang atau disebut sadd al-zara'i'. ESQ tidak boleh menafikan bahawa kini mereka mempunyai dua versi yang berbeza. Versi pertama iaitu sebelum ditegur dan belum mempunyai panel syariah sendiri. Versi kedua iaitu selepas ditegur dan telah melantik Panel syariah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui adakah ESQ benar-benar telah menerima 'perubahan versi' itu atas dasar ia menyalahi aqidah dan syariah..atau..ESQ hanya mengubahnya kerana itu kehendak 'client' di Malaysia. Wallahu a'lam.

Keempat: Alasan yang mengatakan bahawa "tiada apa-apa keraguan pada ESQ kerana saya sendiri telah mengikuti kursus tersebut" tidak boleh diterima bulat-bulat untuk menjustifikasikan bahawa ESQ itu 100 persen halal. Orang yang mengkaji ESQ hanya dengan mengikuti kursus-kursus ESQ tidak akan menemui 'apa sebenarnya sumber ilmu' ESQ. Apa yang ada di dalam kursus tersebut hanyalah metodologi penyampaian ESQ berserta aspek teknikalnya sahaja. Tetapi ideologi pengasasnya bagaimana? Apa alirannya? Siapa gurunya? Apa sumber ilmu dan rujukannya? Oleh itu, penulis berpandangan SSDMWP bukan hanya menilai ESQ melalui kursus-kursus yang dijalankan tetapi yang lebih penting 'sumber ilmunya' iaitu melalui buku-buku karangannya dan tuan gurunya.

Kelima: ESQ bukan lahir sebagai satu kursus motivasi biasa seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia bermula dengan satu teori yang dikarang oleh Ary Ginanjar melalui bukunya 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Iman dan 6 Rukun Islam' pada 2001, diikuti dengan buku 'ESQ Power' dan 'ESQ: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual'. Buku-buku ini sepatutnya menjadi kajian utama para pengkaji ESQ kerana di sinilah bermulanya ESQ dan ESQ tidak akan wujud jika tiada 'ideologi' yang terkandung di dalam buku-buku ini. Ideologi bukan sesuatu yang mudah untuk dikompromi, walaupun isi kandungan ini telah dibincangkan oleh Panel Kajian Aqidah JAKIM & Panel Pemantau JK Fatwa dengan Ary Ginanjar, tetapi ESQ tidak pernah membuat perakuan bahawa ideologi yang wujud dalam buku tersebut adalah menyalahi aqidah sebaliknya hanya bersetuju untuk menukarkannya dengan versi baru yang 'Malaysia compliance'. Penulis tidak pasti adakah modul ESQ di Indonesia atau di tempat-tempat lain telah diubah seperti apa yang wujud di Malaysia? Jika yang diubah hanya ESQ versi Malaysia bermakna ESQ hanya menurut 'Malaysia compliance' bukan 'Syariah compliance'!

Keenam: Orang yang 'bukan ahli' janganlah terlalu cepat melatah dalam isu agama sehingga ke peringkat memperlekehkan institusi fatwa atau mufti. Alasannya hanya mufti wilayah yang mengeluarkan fatwa tetapi mufti lain tidak. Bagi penulis, tindakan SSDMWP sememangnya tidak popular di kala ESQ diterima baik oleh ramai tokoh agamawan dan pelbagai pihak. Tetapi sejarah telah membuktikan, apabila ia melibatkan isu 'ideologi' yang sukar dilihat oleh zahir mata kecuali oleh mereka 'yang ahli', maka tidak hairan jika ada fatwa yang menongkah arus. Ia tidak berbeza dengan tindakan Imam al-Ghazali yang mengkafirkan al-Farabi dan Ibn Sina ketika masyarakat memuji kedua-dua mereka sebagai tokoh matematik, politik dan perubatan. Al-Ghazali mengkafirkan mereka kerana pengaruh pemikiran falsafah yang meresap ke dalam ideologi mereka dalam bab ketuhanan yang menyeleweng daripada aqidah Islam yang sebenar (Rujuk kitab al-Munqiz min al-Dhalal atau Tahafut al-Falasifah). Bagi Imam al-Ghazali kesalahan kedua-dua tokoh itu adalah muktamad, bagaimanapun Ibn Rusy menolak pandangan al-Ghazali dalam kitabnya 'Tahafut al-Tahafut' dengan menghujjahkan bahawa kesalahan kedua-dua tokoh itu bukan perkara yang muktamad (qat'iy). Adakah dengan pengkafiran al-Ghazali terhadap al-Farabi dan Ibn Sina boleh menjatuhkan martabat keilmuan al-Ghazali? Penulis tidak fikir mana-mana 'orang berilmu' yang memahami tradisi keilmuan akan mengatakan begitu.

Ketujuh: Bidang perbahasan ESQ bukanlah berfokus kepada isu syariah semata-mata, ia lebih kepada perbahasan ilmu falsafah, usuluddin dan pemikiran Islam. Para ulama yang pakar dalam bidang ini sepatutnya diberi ruang yang seluas-luasnya untuk membongkar segala-galanya tentang ESQ. Mereka lebih berhak untuk memperkatakan tentang ESQ kerana mereka adalah ahli dalam bidang tersebut. Selain memahaminya dari konteks agama Islam, penguasaan terhadap teori dan falsafah Barat juga amat penting bagi memastikan kita tidak tertipu di sebalik pelbagai istilah dan teori yang diketengahkan. Sebagai contoh, penulis tidak fikir semua orang memahami apa itu perrenial philosophy dalam perbahasan Barat. Satu falsafah ketuhanan yang amat halus dan licik dan boleh meresap dengan mudah tanpa disedari oleh penganut agama itu sendiri.

Kelapan: Seorang ahli ilmu tidak sewajarnya menilai ESQ hanya pada zahirnya. Ia seperti mengatakan, "adakah kita mahu mengharamkan ESQ sedangkan ESQ telah banyak mengubah orang yang tidak solat kepada bersolat, tidak bertudung kepada bertudung...dll". Bagi penulis, kalau ini hujjahnya maka apa salahnya 'Syiah' dan 'al-Arqam', bukankah kumpulan-kumpulan ini amat indah pada zahirnya. Tetapi apabila ideologinya dibongkar, di sana jelas terlihat kedangkalan pegangan mereka. Mungkin ini yang menjadi keutamaan SSDMWP ketika memutuskan fatwa tersebut.

Kesembilan: Bila dibuat perbandingan antara ESQ versi asal dan versi yang diubah, penulis dapati tiada lagi keistimewaan ESQ. Dulunya konsep pencarian, suara hati, asimilasi sifat tuhan, God Spot dan rumus Zero Mind Process menjadi hardcore subject dalam kursus ESQ. Tetapi kini fokus ESQ lebih kepada monolog-monolog yang meruntun hati para peserta untuk menangis. Kelebihan teknikal seperti penggunaan layar besar, kesan bunyi, pencahayaan dan kepakaran berpidato digunakan oleh para trainer untuk mengujudkan suasana sedih hingga menyentuh hati para peserta. Bagi penulis, jika ini yang menjadi kelebihan ESQ, ia bukanlah isu besar yang perlu dipertahankan sangat. Ia tiada beza dengan para pakar motivasi di Malaysia, cuma bezanya hanyalah 'persoalan teknikal dan metodologi penyampaian'.

Kesepuluh: Bagi individu yang was-was sama ada mahu menyertai ESQ atau tidak. Nasihat penulis adalah seperti sabda Baginda SAW: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan". Insya-Allah kita akan selamat dan keluar daripada segala bentuk syubuhat, khilaf atau segala keraguan.

Sebagai rujukan semua, di sini adalah beberapa keraguan yang pernah ditimbulkan terhadap ESQ berdasarkan kitab rujukan utama mereka (yang akan dibekalkan secara percuma kpd setiap peserta kursus-versi lama):-

Mengiyaskan kurniaan kenabian para Nabi dengan pencarian manusia (Ary Ginanjar)

Mentafsirkan nama-nama Allah sesuai dengan sifat manusia sebagai 'barometer'
Nabi SAW memimpin manusia dengan suara hati (di mana letaknya wahyu?)

Nabi SAW pemimpin yang paling banyak menggunakan logik & suara hati akal bukan mukjizat2

Mengapa berhujjah dengan pejuang 'Global Ethic' yang jelas membawa faham pluralisme agama?

Mengapa berhujjah dengan aliran sesat kod 19 tajaan Rashad Khalifah?

Rumus ZMP boleh menghasilkan 'kekuatan luar bisa' termasuk mukjizat & karamah (spt kisah Kapt Razak)